JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Skim Taraf Jawatan Penempatan Skop Tugas
1. Pegawai Pergigian UG41 Tetap Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur
  • Bertanggungjawab kepada Koordinator Klinik dan Dekan dalam semua urusan berkaitan dengan peranan di Fakulti Pergigian iaitu memberi perkhidmatan pergigian di Klinik Pergigian Pandan Indah. Bertanggungjawab untuk melibatkan diri dalam aktiviti perkhidmatan masyarakat, memberi bimbingan/demontrasi kepada pelajar dalam amalan pergigian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2. Pegawai Tadbir (Kaunselor Kerjaya) N41 Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan
  • Bertanggungjawab menyediakan khidmat bimbingan kerjaya untuk pelajar dan graduan, merancang program kerjaya secara komprehensif, melaksanakan program kerjaya secara sistematik dan berkesan, menyediakan bahan rujukan dan dokumentasi kerjaya, membantu pengurusan program Dana Kebolehpasaran Graduan, membantu program pemprofilan pelajar dan graduan menggunakan sistem NEXT dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan TalentCorp Sdn Bhd., membina hubungan bersama industri, alumni dan pemegang taruh untuk meningkatkan peluang kerjaya graduan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.Keutamaan kepada calon yang berkelayakan sebagai pembimbing kerjaya bertauliah dan berdaftar sebagai Kaunselor Berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.
 
 
SYARAT LANTIKAN :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  3. Memiliki kelayakan akademik merujuk skim berkaitan;Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C)

PANDUAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 17 September 2021 (Jumaat) hingga 30 September 2021 (Khamis).
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  3. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128.
  4. Tarikh tutup permohonan : 30 September 2021 (Khamis)