JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:
Bil. | Jawatan | Gred | Taraf | Penempatan | Ringkasan Tugas |
1. | Pegawai Tadbir | N41 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab mengendalikan dan menganalisa data untuk penilaian dan penarafan Universiti; mengumpul dan mengemaskini dan memastikan kualiti data Universiti; menyediakan maklumat dan data untuk anugerah peringkat Universiti/ agensi pengawal dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
2. | Penolong Pegawai Teknologi Maklumat | FA29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab membangunkan sistem maklumat untuk kegunaan Klinik Kesihatan dan Klinik Pergigian Universiti mengikut keperluan pengguna; mempunyai kemahiran yang tinggi, pengaturcaraan (PHP, JSP) di dalam Laravel framework; mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengaturcaraan SQL dan menggunakan pangkalan data seperti mySQL, MSSQL dan sebagainya; menguji sistem/modul-modul yang telah dibangunkan.
Bertanggungjawab menambahbaik sistem berdasarkan hasil pengujian dan keperluan pengguna; membantu menyemak dan menyelenggara aduan terhadap system; menyediakan latihan kepada pengguna; menguji modul-modul yang telah dibangunkan; menyediakan dokumen seperti User Acceptance Test dan manual pengguna dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
3. | Penolong Pegawai Tadbir | N29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab mengurus belanjawan jabatan serta geran penyelidikan, menyemak aset jabatan dan projek penyelidikan yang berdaftar, mengurus bayaran gaji Pembantu Penyelidik dan Pembantu Penyelidik Siswazah projek penyelidikan, mengurus panjar wang runcit dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
4. | Pembantu Operasi | N11 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab membantu perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan;
dan
Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
BUTIRAN PERMOHONAN :
- Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 19 Ogos 2022 (Jumaat)
- Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment.
- Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
- Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
- Tarikh tutup permohonan : 1 September 2022 (Khamis)
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).