JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:

Bil. Jawatan Gred Taraf Penempatan Ringkasan Tugas
1. Pegawai Kewangan W41 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab menguruskan Akaun Penyelidikan USIM meliputi pembukaan, jurnal, pindahan peruntukan, pelarasan baki, penutupan, prestasi kewangan, menguruskan skim-skim pembiayaan kenderaan, komputer dan telefon meliputi permohonan, pelarasan hibah dan semakan penghutang, menyedia laporan untuk tujuan penarafan Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
2. Penolong Jurutera (Elektronik) JA29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab terhadap pengoperasian Studio TV untuk pembelajaran dan pengajaran meliputi penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan peralatan termasuklah multi camera production (MCP), single camera production (SCP), televisyen LED dan melaksanakan rakaman video dan audio serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
3. Penolong Pegawai Tadbir N29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja penyelarasan kerjasama program akademik di Darul Quran, pengurusan siswazah, pengurusan akademik (penjadualan kursus, peperiksaan), pengurusan kerjaya dan alumni (kebolehpasaran graduan), pengurusan perolehan geran penyelidikan, penyelarasan MoU/MoA, penyelarasan program penjanaan kewangan Pusat Tanggungjawab, pelaksanaan program promosi, pengurusan Latihan Industri dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
4. Penolong Pegawai Tadbir (Penerbit Rancangan) N29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab terhadap proses penyediaan skrip/story board, penyediaan dan pengumpulan bahan serta kerja-kerja rakaman dan suntingan online dan offline, mengkaji teknologi/perisian yang boleh digunapakai dalam proses penyuntingan dan rakaman, memastikan video yang dihasilkan kreatif dan menarik serta bercitrakan USIM, mengaturkan rakaman video untuk majlis rasmi Universiti, memuat naik bahan ke USIMTV dalam masa yang ditetapkan, mengaturkan siaran langsung majlis rasmi Universiti dan program-program lain termasuk di platform media sosial.

Bertanggungjawab mengenal pasti teknologi yang bersesuaian untuk diaplikasikan mengikut perkembangan semasa, membantu pengurusan produksi rakaman, memastikan perkhidmatan produksi MCP berlangsung dengan baik dan berkualiti sesuai dengan teknologi semasa, membantu kerja-kerja penyelarasan produksi MCP terutamanya melibatkan majlis-majlis utama universiti serta mengkaji teknologi dan peralatan sedia ada dan baharu yang boleh digunapakai sebaik mungkin dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. Penolong Akauntan W29 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab menggunakan kewangan akaun amanah dan akaun khas meliputi pembukaan dan penutupan akaun, penyediaan invois, terimaan dan jurnal pindahan serta penyediaan laporan secara berkala dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
6. Pembantu Makmal C19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab membantu dalam penggunaan makmal dan peralatan makmal, pengendalian bahan amali makmal, perancangan belanjawan mengurus/pembangunan, pengurusan aset fakulti, pengendalian kelas amali, pelupusan sisa bahan kimia/biologi dan pengendalian radas kaca, memastikan keselamatan dan kebersihan makmal dan menyelenggara peralatan makmal supaya berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
7. Juruteknik Komputer FT19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab menyelenggara sistem komputer termasuklah penyelenggaraan pencegahan, penyelenggaraan kelengkapan teknologi maklumat dan penyelenggaraan aplikasi perkomputeran serta operasi sistem Universiti dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Kelulusan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2/ Tahap 3 dalam bidang juruteknik komputer atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya adalah suatu keperluan.

8. Pembantu Kemahiran (Elektrik) H19 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab memeriksa apa-apa aduan yang diterima daripada sistem atau talian san melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera.

Bertanggungjawab memeriksa kerja-kerja kontrak penyelenggaraan lampu jalan utama dan lampu kedudukan tinggi bangunan Zon B, di Kampus Tetap USIM, memeriksa kerja-kerja kontrak penyelenggaraan genset, memantau bekalan elektrik bangunan-bangunan untuk program dalaman USIM dan juga daripada pihak luar.

Bertanggungjawab memeriksa kerja-kerja elektrik untuk skop ubahsuai kecil bangunan, pejabat-pejabat dan sebagainya serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

9. Pengawal Keselamatan KP11 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
10. Pemandu Kenderaan H11 Kontrak Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengalaman mengendalikan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan adalah suatu kelebihan.

 
SYARAT LANTIKAN :
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan;
    dan
    Memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 21 Oktober 2022 (Jumaat)
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sebanyak RM10.00 melalui sistem mypayment.
  3. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  4. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  5. Tarikh tutup permohonan : 3 November 2022 (Khamis)

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:

hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).