JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:
Bil. | Jawatan | Gred | Taraf | Penempatan | Ringkasan Tugas |
1. | Pegawai Teknologi Maklumat | F41 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab merancang, menganalisa dan membangunkan keperluan aplikasi sokongan sistem (fasiliti dan keselamatan) berdasarkan kajian keperluan pengguna bagi mengenalpasti proses kerja yang terlibat, memahami serta menganalisa keperluan pengguna bagi tujuan penyediaan System Requirement Specification (SRS), mempunyai kemahiran pengaturcaraan (PHP, Powerbuiler) yang tinggi serta berpengalaman dalam menggunakan framework Laravel dan pelbagai yang lain, mempunyai kemahiran yang tinggi dalam SQL pengaturcaraan dan keperluan pangkalan data seperti mySQL, MSSQL dan setara, menguji sistem/ modul yang telah dibangunkan, melakukan perubahan/ penambahbaikan sistem berdasarkan hasil pengujian dan keperluan pengguna, membantu semakan dan menyelenggara aduan sistem, memberikan latihan kepada pengguna, menyediakan dokumentasi sistem seperti dokumen User Acceptance Test (UAT) dan manual pengguna serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
2. | Pegawai Sains | C41 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab terhadap pengendalian peralatan berteknologi tinggi (High-End) yang memerlukan kepakaran untuk pengajaran dan pembelajaran, memantau pelajar prasiswazah dan pascasiswazah di makmal penyelidikan, mengurus dan memastikan keselamatan makmal dan ruang bangunan serta mengendalikan tempahan penggunaan peralatan termasuk mengemaskini laman sesawang peralatan di bawah seliaan masing-masing serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
3. | Penolong Jurutera (Elektrik) | JA29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan |
Bertanggungjawab membantu Jurutera (Elektrik) memantau peruntukan belanjawan penyelenggaraan dan kerja-kerja naiktaraf bangunan dan infrastruktur di bawahnya agar sasaran kerja jabatan tercapai dan tidak melebihi siling peruntukan, menyemak tuntutan bayaran kerja-kerja penyelenggaraan, naik taraf bangunan dan infrastruktur supaya menepati spesifikasi, membantu Jurutera (Elektrik) menentukan sasaran kerja unit supaya selaras dengan objektif jabatan, membantu Jurutera (Elektrik) menyelaras tugasan sekumpulan kakitangan teknikal. Bertanggungjawab membantu Jurutera (Elektrik) memastikan kesiapsiagaan semua sistem elektrikal supaya di dalam keadaan yang baik, membantu Jurutera (Elektrik) menyediakan rekabentuk, spesifikasi dan dokumen perolehan (tender/sebutharga) kerja dan perkhidmatan. Bertanggungjawab membantu Jurutera (Elektrik) mengurus operasi harian (teknikal) seperti pentadbiran, penganjuran majlis rasmi dan sesi pengkuliahan, membantu Jurutera (Elektrik) menyediakan rekabentuk, spesifikasi dan dokumen perolehan (tender/sebutharga) perkhidmatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
4. | Penolong Juruukur Bahan | JA29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan di peringkat pra-kontrak serta pasca kontrak seperti menyediakan anggaran kos awalan, melaksanakan pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan senarai kuantiti, menyediakan dan menguruskan proses penjualan dokumen tender dan sebut harga, menyediakan dokumen kontrak, melaksanakan penilaian kemajuan kerja di tapak, menyedia perakuan bayaran interim, menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan perubahan kerja dan pengiraan semula kuantiti sementara, menyediakan perakuan akaun dan bayaran muktamad, menyediakan perakuan-perakuan yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
5. | Penolong Pegawai Tadbir (Penerbit Rancangan) | N29 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab menerbit video dan multimedia USIM, membantu menyediakan skrip dan papan cerita yang bersesuaian, membuat kerja-kerja suntingan off-line dan on-line, mengendalikan peralatan rakaman video (kamera, audio, lampu dan lain-lain), membuat rakaman dokumentasi, liputan berita, promosi, studio kreatif dan lain-lain yang berkaitan, menyediakan video multimedia interaktif (termasuk suntingan visual efek; teks, audio, video, grafik dan animasi), menyediakan rakaman audio video bagi projek Podcast USIM, mengurus dan mengendalikan krew, peralatan dan teknikal dalam produksi penerbitan MCP (Multi-Camera Production), mengurus dan mengendalikan proses teknologi dan siaran langsung video (Live Streaming) di pelbagai platform media sosial rasmi USIMTV, mempunyai kemahiran dalam penggunaan perisian suntingan video seperti Adobe Premier, After Effect, Illustration, Photoshop dan lain-lain teknologi terkini yang bersesuaian dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
6. | Pengawal Keselamatan | KP11 | Kontrak | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. |
Syarat Lantikan | Butiran Permohonan |
|
|
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:
hr.perjawatan01@usim.edu.my (Rozailiza Rajab) / hr.perjawatan04@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
hr.perjawatan06@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan) / munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi).