JAWATAN KOSONG PENTADBIRAN

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan kekosongan jawatan yang berikut:

Bil.

Jawatan

Gred

Taraf

Penempatan

Ringkasan Tugas

1.

Jurutera

J41

Tetap

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab memastikan kerja-kerja / tugasan dilaksanakan mengikut jadual dan spesifikasi yang ditetapkan supaya proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan tidak terjejas. Mengurus dan menyelia penyelenggaraan pepasangan elektrik di Kampus USIM agar sentiasa selamat serta berfungsi untuk pengajaran dan pembelajaran serta mematuhi peraturan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Tenaga dan pihak berkuasa tempatan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2.

Pegawai Kewangan

W41

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab mengetuai Pasukan Audit dalam menjalankan projek pengauditan, memberi kepastian kepada Lembaga Pengarah Universiti tentang sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti melalui pendapat profesional terhadap kesempurnaan, kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus selaras dengan Piawaian Amalan Profesional Juruaudit Dalaman, memberi khidmat perundingan mengenai sistem kawalan dalaman dan proses tadbir urus Universiti melalui pendapat profesional selaras dengan Piawaian Amalan Profesional Juruaudit Dalaman dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

3.

Juruteknologi Pergigian

U29

Tetap

Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur

Bertanggungjawab kepada Unit Makmal Pelbagai Guna dan Skill Lab di Fakulti Pergigian merangkumi perihal mengemaskini stor, menyedia dan merekod alat radas, menjaga keselamatan makmal, membantu pelajar dalam Pengajaran dan Pembelajaran, pengurusan pentadbiran seperti menyediakan surat / laporan, perolehan dan pengurusan aset dan inventori makmal, pengurusan dokumen dan rekod fail dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

4.

Penolong Jurutera (Elektronik)

JA29

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab terhadap pengoperasian Studio TV untuk pembelajaran dan pengajaran meliputi penggunaan, penyelenggaraan dan keselamatan peralatan termasuklah multi camera production (MCP), single camera production (SCP), televisyen LED dan melaksanakan rakaman video dan audio serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5.

Penolong Juruukur Bahan

JA29

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab mengendali pelaksanaan skop kerja ukur bahan di peringkat pra-kontrak serta pasca kontrak seperti menyediakan anggaran kos awalan, melaksanakan pengukuran kuantiti (taking off), menyediakan senarai kuantiti, menyediakan dan menguruskan proses penjualan dokumen tender dan sebut harga, menyediakan dokumen kontrak, melaksanakan penilaian kemajuan kerja di tapak, menyedia perakuan bayaran interim, menyelaras dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan perubahan kerja dan pengiraan semula kuantiti sementara, menyediakan perakuan akaun dan bayaran muktamad, menyediakan perakuan-perakuan yang berkaitan dengan pentadbiran kontrak serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

6.

Penolong Pegawai Tadbir (Penerbit Rancangan)

N29

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membantu perlaksanaan projek penerbitan video dan multimedia USIM, membantu produksi penerbitan multi camera production(MCP), membantu rakaman penerbitan program siaran secara langsung dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

7.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat

FA29

Kontrak

(Project Based)

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membangunkan sistem pengaturcaraan untuk modul / proses sistem yang diperlukan, menguji sistem dan program yang dibangunkan, membantu pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem, memberi latihan kepada pengguna sistem, membantu penyediaan dokumentasi sistem yang dibangunkan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengetahuan dan pengalaman membangunkan sistem menggunakan platform Laravel dan pangkalan data MSSQL/mySQL adalah suatu kelebihan.

8.

Penolong Pegawai Sains

C29

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab menguruskan tugas-tugas pengurusan makmal di peringkat Pusat Tanggungjawab termasuklah perihal permohonan penggunaan makmal dan peralatan makmal, mengurus pengendalian bahan amali makmal, mengurus keselamatan makmal, mengurus perolehan fakulti, mengurus penyediaan daftar bil (bayaran), mengurus perancangan belanjawan mengurus / pembangunan, mengurus aset, mengurus kemudahan infrastruktur dan ruang dan bangunan, mengurus pengendalian kelas amali, mengurus pengambilan dan pengumpulan sampel, mengurus pelupusan sisa bahan kimia dan biologi, mengurus pengendalian radas kaca dan mengurus penyelenggaraan peralatan makmal dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

9.

Pembantu Pembedahan Pergigian

U19

Tetap

Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur

Bertanggungjawab membantu Pegawai Pergigian dalam mengendalikan tugas-tugas klinikal, membantu Pensyarah untuk Pengajaran dan Pembelajaran, mengendalikan bahan untuk aktiviti Pendidikan Kesihatan Pergigian, perkhidmatan kaunter pendaftaran, pengurusan pesakit dan pentadbiran dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

10.

Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

N19

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pentadbiran dan sokongan di peringkat Pusat Tanggungjawab termasuklah perihal perkeranian dan operasi, perkhidmatan kaunter, pelaksanaan program, pengumpulan data dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

11.

Pemandu Kenderaan

H11

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan, menjaga kenderaan di bawah kelolaan supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan serta menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Pengalaman mengendalikan kenderaan yang memerlukan lesen memandu GDL dan PSV Kelas E daripada Jabatan Pengangkutan Jalan adalah suatu kelebihan.

12.

Pengawal Keselamatan

KP11

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298) dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

13.

Pembantu Operasi

N11

Kontrak

Kampus Nilai, Negeri Sembilan

Bertanggungjawab membantu perjalanan urusan pejabat seharian dengan memastikan pergerakan fail, penghantaran serta pendaftaran surat, memo dan dokumen-dokumen lain serta membuat salinan surat, memo dan dokumen sebagaimana yang diarahkan dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Syarat Lantikan Butiran Permohonan
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  3. Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan;danMemiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  1. Semua permohonan adalah secara dalam talian menerusi hebahan iklan di portal eIRIS USIM http://www.usim.edu.my/ mulai 16 Oktober 2023 (Isnin).
  2. Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.
  3. Panduan permohonan dan maklumat terperinci tentang jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  4. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan : 29 Oktober 2023 (Ahad)

Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke:

norazah@usim.edu.my (Norazah Md Yusup)
noorjannah@usim.edu.my (Noor Jannah Noorzan)
munirah@usim.edu.my (Siti Munirah Mohd Kamizi)