IKLAN JAWATAN
TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA)
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebuah Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa calon-calon berkelayakan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred VU6:-

JAWATAN :
– Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

GRED :
-Gred Utama B (VU6)

TARAF LANTIKAN :
-Tukar Sementara/Pinjaman/Kontrak)

TEMPOH LANTIKAN :
-Tiga (3) tahun (tertakluk kepada keputusan Kementerian Pengajian Tinggi)

KELAYAKAN :
-Sekurang-kurangnya telah memegang jawatan JUSA C (Profesor Gred VK7) dengan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf serta berkebolehan memimpin dan mengurus Jabatan Akademik dan Antarabangsa)

 

 

Bil.

Kategori

Ciri-Ciri

1.

 Kriteria UMUM

Kriteria umum berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam

 

      1. Kecemerlangan Akademik :

  • Penyandang mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jurnal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan cemerlang dalam khidmat profesional.

2. Pengiktirafan Antarabangsa :

  • Penyandang mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa sebagai pakar dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pernah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.

3. Kebolehan Memimpin dan Mengurus

  • Penyandang mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Ditambah dengan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap. Pengalaman dan rekod cemerlang pimpinan akademik merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.

      4. Reputasi

  • Menjadi “role model” kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan proven track record serta disanjung baik serta dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.

      5. Personaliti

  • Penyandang mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan Universiti. Calon juga mestilah memahami aspirasi negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.

     6. Lain-lain kriteria yang difikirkan sesuai berdasarkan niche area Universiti.

2.

 Kriteria KHUSUS

Kriteria khusus berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor Universiti Awam

      1. Mempunyai PhD dan Kelayakan Profesional;

  • Ini kerana penjawat bertanggungjawab mempengerusikan Jawatankuasa Pemilih kenaikan pangkat Guru (Profesor Madya ke bawah) dan perlu mempamerkan kewibawaan khususnya kelayakan akademik tertinggi PhD. Bagi universiti yang berfokus seperti kejuruteraan, Malaysian Technical Universities’ Networks (MTUN), kelayakan profesional perlu diberi merit yang utama memandangkan proses akreditasi adalah salah satu bidang tugas seorang TNC (A&A)..

2. Berpengalaman dalam Pembentukan Kurikulum (curriculum design);

  • Ini merupakan tugas hakiki TNC (A&A). Penyandang bertanggungjawab dalam agenda kritikal pengajaran dan pembelajaran dan mestilah mahir mengendalikan kurikulum yang seimbang dan bersepadu. Penyandang juga merupakan sekretariat dan pihak berwajib kepada senat yang diberi kuasa yang lebih dalam AUKU dalam rekabentuk kurikulum universiti.

3. Pakar Pengajaran dan Pembelajaran;

  • TNC (A&A) juga adalah seorang yang wajib dihormati dan mempamerkan kewibawaan dalam inovasi pengajaran dan pembelajaran (Teaching & Learning). Penyandang perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai aspek-aspek berikut iaitu Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (SCL), Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), Pendekatan Berasaskan Projek Berorientasikan Masalah (POPBL), Pembelajaran Sepanjang Hayat (LL), Penaksiran dan Outcome Based Education.

      4. Kecemerlangan Penyelidikan dan Penerbitan;

  • Penyandang mestilah mempuyai rekod yang cemerlang dalam hasil penyelidikan dan penerbitan serta telah dilantik sebagai profesor. Ini kerana sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Guru, Penyandang bertanggungjawab menentukan tanda aras calon Profesor Madya. Oleh itu, penyandang hendaklah cemerlang dalam penyelidikan, telah menerbitkan artikel dalam jurnal berwasit, berimpak tinggi serta mendapat pengiktirafan antarabangsa.

      5. Pengalaman Sebagai Penyelia yang Berjaya;

  • Penyandang juga perlu mempunyai rekod cemerlang dalam penyeliaan pasca-siswazah (Sarjana & PhD) dengan jayanya. Ini kerana TNC (A&A) bertanggungjawab dalam mempengerusikan Jawatankuasa Senat bagi Pengajian Siswazah dan menjadi penimbang tara bagi isu-isu akademik pengajian siswazah.

     6. Hal Ehwal Antarabangsa;

  • Penyandang akan ditugaskan untuk mempromosikan program akademik dan mobiliti pelajar di peringkat antarabangsa. Oleh itu, pengalaman dan kebolehlihatan di peringkat antarabangsa perlu dimiliki oleh penyandang. Calon harus mempunyai hubungan yang luas dan reputasi yang baik di peringkat serantau dan antarabangsa.
3.

 

 Kriteria Tambahan

  • Berminat untuk mengintegrasikan ilmu Naqli dan Aqli dalam pembentukan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran di USIM.

CARA MEMOHON
Permohonan bagi jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Gred VU6 hendaklah dibuat dengan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:
i. Surat Permohonan;
ii. Ringkasan Curriculum Vitae (CV) seperti di Lampiran A ;
(CV lengkap yang merangkumi latar belakang peribadi, latar belakang pendidikan dan kerjaya, anugerah dan hadiah yang diterima, sumbangan-sumbangan besar kepada pembangunan Universiti dan Negara perlu disertakan bersama)
iii. Key Performance Indicators (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USIM;
iv. Sekeping gambar terkini berukuran pasport (Rujuk Lampiran A);
v. Dokumen-dokumen sokongan; dan
vi. Sokongan Ketua Jabatan.

Calon-calon yang berkelayakan dan memenuhi kriteria sahaja akan disaring untuk disenarai pendek dan dipanggil temuduga.


Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
YM. Raja Mariam Raja Mohd Esa
Ketua Bahagian
Bahagian Governan dan Pentadbiran
Jabatan Pendaftar
Universiti Sains Islam Malaysia
No. Tel : 06-798 8123
E-mel : rajamariam@usim.edu.my
 

Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada :
PENDAFTAR
Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 2, Bangunan Canselori
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-7988101/8123/8122/6021
Faks : 06-7988130


TARIKH TUTUP PERMOHONAN :-
Tarikh tutup permohonan ialah pada 8 DISEMBER 2020 (SELASA)