e-Risalah USIM - February 2019 Edition

U niversiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengambil langkah lebih proaktif dalam menjayakan agenda ‘Universiti untuk Masyarakat’ seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di dalam amanat Menteri Pendidikan pada awal Januari lalu. “Slogan ‘Sekolah untuk Komuniti, Universiti untuk Masyarakat’ dilihat sangat releven dengan USIM serta pembawakan USIM selama ini”. Itulah antara penyampaian yang tersirat dalam ucapan amanat oleh Naib Canselor USIM, YBhg. Prof. Dato’ Dr Musa Ahmad yang berlangsung pada 22 Februari lalu bertempat di Dewan Tuanku Canselor USIM. Bertemakan “Memaknakan Gelombang Barakah”, pendekatan amanat Naib Canselor kali ini dibentangkan lebih padat namun menyeluruh untuk mudah difahami dan dihayati oleh warga USIM secara serta rakan industri yang hadir. Kira-kira seramai lebih 1,500 tetamu hadir tanda mengambil cakna aspirasi Pengurusan Tertinggi demi kemajuan USIM. 2 Intipati amanat yang disampaikan merangkumi tiga segmen iaitu (i) sorotan pencapaian USIM sepanjang 2018 sebagai mengimbau kejayaan-kejayaan besar warganya yang telah mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Ini akan diikuti dengan segmen kedua (ii) mengenai peranan USIM dalam merealisasikan hala tuju Pendidikan Tinggi seterusnya (iii) pelan tindakan USIM untuk mencapai hala tuju USIM 2025 dalam mencapai aspirasi Universiti Rujukan Global bagi Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli. Naib Canselor berkata, bagi tahun 2019 dalam menjayakan agenda ‘Universiti untuk Masyarakat’ USIM mengambil pendekatan memperkasakan jalinan dengan menyantuni komuniti OKU melalui pembangunan polisi OKU dan penubuhan Hab Integrasi Pendidikan Quran bagi OKU Ibnu Ummi Maktum. USIM sebelum ini tidak pernah mengabaikan untuk menghargai bakat OKU apabila pernah menjayakan program OKU Berdoa ”Bicara Tanpa Hijab” selain takbir Aidilfitri disampaikan bersama pergerakan bahasa isyarat. Memaknakan Gelombang Barakah ke arah USIM 2025 Visi dan misi USIM adalah sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan malah USIM telahpun melaksanakan satu instrumen, Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli untuk mendukung aspirasi USIM dan kementerian” “ Campus News (Akh’barul Jami’ah) FEBRUARY 2019 |

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=