e-Risalah USIM - Edisi September 2020

SEPTEMBER 2020 2 | Campus News (Akh’barul Jami’ah) “ Sumber manusia merupakan satu keperluan dan keutamaan kepada sesebuah organisasi. Kepakaran dan kemahiran amat didambakan untuk melahirkan sebuah organisasi yang cemerlang. Kualiti kerja amat dititikberatkan di dalam pengurusan organisasi kerana kerja yang berkualiti merupakan matlamat utama dalam pekerjaan. Kualiti kerja dari perspektif Islam adalah amalan bekerja menurut nilai dan prinsip yang digariskan untuk menghasilkan kerja yang berkesan dan bermutu tinggi. M ajlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2019 pada 23 September lalu menyaksikan penganugerahan diberikan kepada 132 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas melalui 22 buah kategori anugerah dan 120 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia khusus kepada staf yang telah berkhidmat untuk tempoh 15 tahun di USIM. ”Sebagai penganjur, kita mengharapkan program seumpama ini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada warga USIM untuk bersama-sama membudayakan kecemerlangan di tempat kerja dengan mengamalkan sifat kebersamaan dan muafakat untuk mencapai aspirasi yang dirancang Universiti,” ujar Encik Nasrul Hakim Ahmad, Timbalan Pendaftar Kanan, Jabatan Pendaftar. Diterajui sepenuhnya oleh Jabatan Pendaftar, majlis turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil menyaksikan majlis berjalan dengan jayanya dalam suasana norma baharu dengan komitmen baik daripada semua pihak. I mpak pandemik COVID-19 telah menyebabkan sempadan geografi dan politik ditutup hingga menjejaskan ekonomi banyak pihak termasuklah Usahawan Alumni Universiti Awam. Kelompok ini merupakan graduan Universiti Awam yang menyahut seruan Kerajaan untuk menjadi graduan yang mencipta kerja bukan lagi pencari kerja. Menyedari akan hakikat inilah, Pusat Alumni dan Kerjaya dan Persatuan Alumni mengambil inisiatif menganjurkan Konvensyen Usahawan Alumni Universiti Awam (KUAUA’20) buat julung-julung kalinya. Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2019 raikan kakitangan cemerlang Konvensyen Memperkasakan Usahawan Alumni Universiti Awam Prof Dr. Mohamed Ridza Wahiddin Naib Canselor USIM “ Konvensyen ini diadakan untuk memberikan input- input dan maklumat berkaitan dengan peluang dalam bidang keusahawanan seperti geran dan dana untuk usahawan, insentif dan konsultansi bagi usahawan di samping perkongsian pengalaman keusahawanan bersama pihak industri. Turut diadakan sudut pameran daripada Usahawan Alumni Universiti Awam bagi menonjolkan hasil perniagaan mereka. Konvensyen ini mendapat kerjasama KPT, Majlis Alumni Universiti Awam bersama dengan lapan Anugerah Tertinggi iaitu Anugerah Tokoh Akademik (Hasanul Mudir) diberikan kepada Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Profesor Madya Fakulti Syariah dan Undang-undang. Beliau mendapat pengiktirafan ini di atas kecemerlangan, pencapaian serta sumbangan beliau yang terserlah dalam pelbagai bidang pembangunan akademik dan juga ummah. Anugerah Naib Canselor dianugerahkan kepada Pusat Jaminan Kualiti, Dasar dan Kecemerlangan Akademik, Anugerah Fakulti Cemerlang dianugerahkan kepada Fakulti Syariah dan Undang-undang dan Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan / Pusat Pembelajaran Cemerlang dianugerahkan kepada International Fatwa dan Halal Centre.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=