Siri 1 – OKU: Mendidik dengan hati

IQRA'@USIM

IQRA’@USIM adalah platform wacana ilmu berkonsepkan perkongsian pengalaman dan “cerita” bersama individu-individu yang menjadi penggerak, pembuat perubahan dan pencipta kepada idea-idea yang menyumbang kepada penyelesaian isu-isu berkaitan kelestarian, kehidupan bermasyarakat di peringkat tempatan mahupun global.

IQRA’@USIM membawa kepada pendekatan rentas disiplin dalam mengetengahkan penghasilan idea dan inovasi yang syumul dan bermanfaat bagi ummah. IQRA’@USIM diharap dapat menjadi platform bagi memanfaatkan keberkatan ilmu dan menjadi pencetus kepada lebih banyak idea dan inovasi yang membawa kebaikan yang bertambah banyak, berkembang dan berterusan.