UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM) adalah sebuah Universiti Awam yang bertekad untuk menjadi sebuah pusat rujukan serantau dalam Integrasi Naqli dan Aqli sedang mencari calon-calon yang berkelayakan, dinamik, bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :

 

BIL SKIM PERKHIDMATAN GRED SKIM TARAF JAWATAN PENEMPATAN SKOP TUGAS
1.   Juruterapi Pergigian  U29  Tetap  Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur Bertanggungjawab melaksanakan perkhidmatan pergigian dari segi diagnosis, rawatan, pencegahan dan peningkatan kesihatan kepada staf, pelajar dan pelanggan. Bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan pendidikan kesihatan pergigian yang spesifik untuk kesihatan mulut yang optimum. Turut bertanggungjawab dalam operasi pentadbiran dan pengurusan serta tugas-tugas lain yang diarahkan daripada semasa ke semasa.
2. Pembantu Kemahiran (Kayu/Paip) H19 Kontrak Kampus Tetap di Nilai,
Negeri Sembilan
Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bawah Pusat Perumahan Pelajar iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.
3. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N19 Kontrak Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/ komunikasi). Calon yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik serta mahir amat digalakkan.
 4. Pembantu Hal Ehwal Islam S19  Kontrak  Bertanggungjawab membantu melancarkan pentadbiran dan aktiviti Pusat Islam termasuk program masjid, solat fardhu dan solat rawatib, penganjuran kuliah/ tazkirah/ ceramah serta penganjuran program/aktiviti kerohanian dan pengimarahan masjid.
 5. Pembantu Pembedahan Pergigian U19 Kontrak Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan hal ehwal pentadbiran.
 6.  Pengawal Keselamatan KP11  Kontrak Kampus Tetap di Nilai, Negeri Sembilan  Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).


BUTIRAN PERMOHONAN :

  1. Permohonan hendaklah dibuat menerusi website E-IRIS (KLIK DI SINI) mulai 14 November 2018 (Khamis). Panduan permohonan dan maklumat terperinci mengenai jawatan di atas serta syarat-syarat kelayakan boleh diperolehi melalui laman web tersebut.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal.
  3. Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 06-7988113/8125/8128..

Tarikh tutup permohonan : 27 November 2018 (Selasa)