Bahagian Hal Ehwal Pelajar bertanggungjawab menyelaraskan perkhidmatan kebajikan kepada pelajar USIM yang layak secara munasabahnya untuk membolehkan pelajar menjelaskan apa-apa keperluan kewangan mereka yang bersangkutan dengan pengajian mereka.

Perkhidmatan Kebajikan yang disediakan adalah seperti berikut:

BIL. JENIS BANTUAN MANFAAT RUJUKAN
1 Pinjaman Kecemasan
  • Merupakan pinjaman tanpa faedah.
  • Tiada penjamin diperlukan.
  • Tiada cagaran diperlukan.
  • Pelajar akan mendapat wang tunai dengan serta-merta.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Pinjaman Kecemasan

2 Sumbangan Kebajikan Pelajar
  • Sumbangan Kematian Pelajar
  • Sumbangan Kematian Ibu/Bapa Kandung Pelajar
  • Sumbangan Elaun Kemasukan Pelajar ke Wad ≥ 3 Hari
  • Sumbangan Ehsan
  • Sumbangan Peralatan Pembedahan
  • Sumbangan Pembedahan Penyakit Kronik
Terma Penggunaan Permohonan Bantuan Tabung Kebajikan Pelajar
3 Perlindungan Takaful (Pelajar Tempatan sahaja)
  • Kematian
  • Perbelanjaan Pengebumian
  • Keilatan total kekal
  • Elaun kemasukan ke wad akibat kemalangan
  • Elaun ragut
Buku Panduan Hal Ehwal Pelajar

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi:

Unit Penajaan, Kebajikan dan Tatatertib
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Aras 1, Bangunan Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia

No. telefon : 06 – 7986160 / 6151
Emel : khairunnisa.ismail@usim.edu.my ziela@usim.edu.my
Laman web : http://hep.usim.edu.my/