{"id":100261,"date":"2025-02-05T10:39:30","date_gmt":"2025-02-05T02:39:30","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/?p=100261"},"modified":"2025-02-05T12:00:10","modified_gmt":"2025-02-05T04:00:10","slug":"daging-kultur-cabaran-peluang-dan-masa-depan-dalam-industri-halal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/in-our-words-ms\/daging-kultur-cabaran-peluang-dan-masa-depan-dalam-industri-halal\/","title":{"rendered":"Daging Kultur: Cabaran, Peluang dan Masa Depan dalam Industri Halal"},"content":{"rendered":"<p><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-1 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-0 fusion_builder_column_1_4 1_4 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-person person fusion-person-center fusion-person-1 fusion-person-icon-top\"><style>.fusion-person-1 .imageframe-liftup:before{-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;<\/style><div class=\"person-shortcode-image-wrapper imageframe-liftup\"><div class=\"person-image-container dropshadow person-rounded-overflow\" style=\"-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;border:0px solid #f6f6f6;-webkit-box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);box-shadow: 3px 3px 7px rgba(0,0,0,0.3);-webkit-border-radius:6px;-moz-border-radius:6px;border-radius:6px;\"><img decoding=\"async\" class=\"person-img img-responsive wp-image-100268\" width=\"110\" height=\"157\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/dr-nazmi.png\" alt=\"Dr Mohd Nazmi Bin Abd Manap \" \/><\/div><\/div><div class=\"person-desc\"><div class=\"person-author\"><div class=\"person-author-wrapper\"><span class=\"person-name\">Dr Mohd Nazmi Bin Abd Manap <\/span><span class=\"person-title\">Timbalan Pengarah, Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) <\/span><\/div><\/div><div class=\"person-content fusion-clearfix\"><\/div><\/div><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 20px;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 7.68%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 7.68%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:25% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 7.68%;margin-left : 7.68%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-0{width:100% !important;}.fusion-builder-column-0 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-1{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><div class=\"fusion-fullwidth fullwidth-box fusion-builder-row-2 fusion-flex-container nonhundred-percent-fullwidth non-hundred-percent-height-scrolling\" style=\"background-color: rgba(255,255,255,0);background-position: center center;background-repeat: no-repeat;border-width: 0px 0px 0px 0px;border-color:#eae9e9;border-style:solid;\" ><div class=\"fusion-builder-row fusion-row fusion-flex-align-items-flex-start\" style=\"max-width:1216.8px;margin-left: calc(-4% \/ 2 );margin-right: calc(-4% \/ 2 );\"><div class=\"fusion-layout-column fusion_builder_column fusion-builder-column-1 fusion_builder_column_1_1 1_1 fusion-flex-column\"><div class=\"fusion-column-wrapper fusion-flex-justify-content-flex-start fusion-content-layout-column\" style=\"background-position:left top;background-repeat:no-repeat;-webkit-background-size:cover;-moz-background-size:cover;-o-background-size:cover;background-size:cover;padding: 0px 0px 0px 0px;\"><div class=\"fusion-text fusion-text-1\"><p>Daging kultur atau dalam istilah lainnya daging hasilan makmal merujuk kepada daging yang dihasilkan di luar dari badan haiwan yang asal di dalam persekitaran yang terkawal. Secara amnya daging yang dihasilkan ini adalah sama dari segi rupa, rasa dan kandungan nutrisi seperti daging yang asal walaupun ianya dihasilkan di dalam makmal. Dalam konteks Malaysia dan global, daging kultur dikatakan mampu menjadi alternatif dan solusi kepada isu seperti kelestarian sumber makanan dan alam sekitar kerana proses penghasilannya yang efisyen tanpa memerlukan ruang yang besar seperti kaedah penternakan haiwan tradisional serta bersih daripada penghasilan buangan atau sisa haiwan. Ini secara langsung dapat mengurangkan jejak karbon yang menjadi salah satu punca peningkat gas rumah hijau. Penghasilan daging kultur pada skala industri menggunakan bioreaktor pula mampu menghasilkan hampir setengah tan daging sekaligus memenuhi permintaan pengguna. Sebagai sebuah negara majoriti Muslim, aspek halal adalah sangat penting serta perlu diperhalusi dalam perkembangan daging kultur. Sebagai contoh, daging kultur boleh dihasilkan daripada sel haiwan yang tidak disembelih. \u00a0Perkara ini boleh menjadi penyebab daging kultur itu menjadi tidak halal. Walaubagaimanapun, isu kehalalan daging kultur masih menjadi kajian dan terbuka kepada perdebatan serta perbincangan antara ulamak dan saintis.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-100265\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-300x200.png\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"200\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-200x133.png 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-300x200.png 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-400x267.png 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-600x400.png 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-768x512.png 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc-800x533.png 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/02\/scientist-injecting-red-substance-with-syringe-int-2024-10-18-17-34-05-utc.png 900w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Cabaran dalam penentuan status halal daging kultur bergantung kepada beberapa faktor antaranya dari sudut medium pertumbuhannya. Sebagai contoh penggunaan serum yang merupakan salah satu komponen emparan darah. Ianya diperlukan dalam pertumbuhan daging kultur dan penggunaannya mempengaruhi status kehalalan daging kultur. Dari sudut lain, industri daging kultur sedang meneroka alternatif baharu bagi menggantikan serum dalam media pertumbuhannya bagi menyelesaikan masalah ini sejajar dengan keperluan pengguna daripada pelbagai kepercayaan agama. Diharapkan perkembangan ini dapat dipacu lagi dengan usaha penyelidikan dari negara kita sendiri bagi memastikan sudut kehalalan daging kultur. \u00a0Selain itu status halal daging kultur juga bergantung kepada sel asalan yang diambil dari haiwan ternakan. Sel ini akan terus dibiakkan di dalam persekitaran yang terkawal tanpa perlu lagi untuk menyembelih haiwan baru bagi menghasilkan daging kultur. Dari segi standard, masih tiada konsensus global dan nasional dalam penentuan status halal daging kultur. Oleh itu, terdapat keperluan diskusi dan kerjasama antara saintis makanan, ahli agama serta badan berautoriti seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menjamin kehendak dan keperluan negara yang mungkin pada satu masa nanti akan menggunakan daging kultur sebagai salah satu sumber alternatif makanan.<\/p>\n<p>Statistik dari AHDB 2025 menunjukkan Malaysia sebagai negara yang banyak mengimport daging dari negara luar. Bekalan sumber daging di negara ini diperolehi daripada negara seperti India, Australia, Brazil dan New Zealand. Dalam tempoh 2019 ke 2021 sahaja, kita telah mengimport sebanyak 153 kilo ton daging bersamaan dengan 188 juta Ringgit Malaysia. Angka-angka ini menunjukkan kebergantungan yang ketara terhadap daging import bagi memenuhi keperluan domestik. \u00a0Sehubungan dengan itu, terdapat ruang dan peluang yang boleh diterokai bagi meningkatkan penghasilan daging secara lokal. Dengan bertambahnya jumlah penduduk di negara kita terdapat potensi besar dalam pasaran untuk mendapatkan sumber daging yang halal serta berkualiti. Malaysia mepunyai potensi untuk menjadi hab teknologi makan halal dengan menjadikan pembangunan daging kultur sebagai sebahagian agenda Pembangunan Dasar Halal Negara 2025-2035.<\/p>\n<p>Antara cabaran langsung adalah dari segi penerimaan pengguna muslim terutamanya berkenaan keyakinan mereka terhadap status kehalalan dan keselamatan daging kultur. Tahap penerimaan pada peringkat awal mungkin agak rendah disebabkan kurangnya sebaran maklumat dan pendidikan berkenaan daging kultur. Masyarakat terutamanya perlu diberikan maklumat yang tepat supaya tidak terseleweng daripada maklumat sebenar. Selain itu, kos penghasilan mungkin jadi penghalang untuk ia bersaing dengan daging konvensional dan mungkin akan dikategorikan sebagai daging yang premium berdasarkan analisis semasa. Walaubagaimanapun, kos penghasilannya dijangkakan berkurang di masa hadapan dengan meningkatnya permintaan terhadapa daging kultur. Dari segi impak kepada industri penternakan, kemungkinan akan ada faktor positif dan negatif bergantung kepada kebolehan industri untuk terus beradaptasi dengan perubahan. Sekiranya permintaan daging kultur meningkat, kita mungkin akan melihat kepada perubahan besar dalam cara beroperasi syarikat yang menerajui industri penternakan haiwan. Industri yang bergantung kepada cara penternakan tradisional mungkin akan mengalami kerugian yang teruk serta mempengaruhi industri-industri lain yang bergantung kepadanya.<\/p>\n<p>Dari segi kerangka polisi dan perudangan, terdapat keperluan bagi mewujudkan satu dasar daripada kerajaan bagi menggalakkan penyelidikan dan pelaburan dalam industri daging kultur. Kerajaan boleh membantu mempercepatkan proses kelulusan bagi syarikat pemula dan memberikan insentif cukai untuk mewujudkan persekitaran \u00a0terbaik bagi menggalakan pertumbuhan syarikat-syarikat ini. Kerajaan juga perlu mewujudkan kerangka kawal selia yang jelas supaya terdapat jaringan kerjasama antara badan-badan kerajaan. Satu garis panduan yang komprehensif perlu diwujudkan untuk melihat dari aspek \u00a0penghasilan, keselamatan makanan dan pensijilan halal daging kultur. Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan Makanan perlu bekerjasama secara strategik bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar ini, termasuk dalam aspek pemantauan, pengawalseliaan, dan pematuhan terhadap standard keselamatan serta pensijilan halal daging kultur.<\/p>\n<p>Kesimpulannya, walaupun pelaksanaan industri daging kultur di Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan halangan, ia juga membuka ruang dan peluang untuk pertumbuhan serta inovasi dalam sektor makanan halal pada masa depan. Dari segi pelaksaannya, perlu disesuaikan dan dikaji bersama secara keseluruhan agar selari dengan kehendak agama, ekonomi serta kepentingan pengguna bagi memastikan penerimaannya dengan lebih meluas. \u00a0Adalah penting untuk kesemua pihak termasuk kerajaan, penyelidik dan masyarakat dalam meneroka potensi daging kultur sekaligus menyumbang dan membangunkan dasar dan teknologi berkaitan yang mampu menyokong perkembangannya secara mampan dan beretika.<\/p>\n<\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;margin-top : 0px;margin-bottom : 0px;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {padding-top : 0px !important;padding-right : 0px !important;margin-right : 1.92%;padding-bottom : 0px !important;padding-left : 0px !important;margin-left : 1.92%;}@media only screen and (max-width:1024px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}@media only screen and (max-width:640px) {.fusion-body .fusion-builder-column-1{width:100% !important;}.fusion-builder-column-1 > .fusion-column-wrapper {margin-right : 1.92%;margin-left : 1.92%;}}<\/style><\/div><\/div><style type=\"text\/css\">.fusion-body .fusion-flex-container.fusion-builder-row-2{ padding-top : 0px;margin-top : 0px;padding-right : 0px;padding-bottom : 0px;margin-bottom : 0px;padding-left : 0px;}<\/style><\/div><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"","protected":false},"author":12,"featured_media":100262,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[297],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/100261"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=100261"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/100261\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":100273,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/100261\/revisions\/100273"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/100262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=100261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=100261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=100261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}