{"id":101736,"date":"2025-05-30T16:03:28","date_gmt":"2025-05-30T08:03:28","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-dan-universiti-anbar-iraq-jalin-kerjasama-akademik-antarabangsa-melalui-mou\/"},"modified":"2025-05-30T16:09:30","modified_gmt":"2025-05-30T08:09:30","slug":"usim-dan-universiti-anbar-iraq-jalin-kerjasama-akademik-antarabangsa-melalui-mou","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-dan-universiti-anbar-iraq-jalin-kerjasama-akademik-antarabangsa-melalui-mou\/","title":{"rendered":"USIM dan Universiti Anbar, Iraq Jalin Kerjasama Akademik Antarabangsa melalui MoU"},"content":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melebarkan rakan strategiknya di luar negara apabila USIM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Anbar, Iraq pada Jumaat.<\/p>\n<p>Majlis menandatangani MoU antara kedua-dua universiti disempurnakan oleh USIM yang diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani manakala Universiti Anbar\u00a0 diwakili sendiri oleh Presiden Universiti, Profesor Dr Mushtaq Talib Al Nada.<\/p>\n<p>FPQS yang akan menjadi peneraju di peringkat USIM dalam melaksanakan agenda MoU ini akan mengambil peranan untuk mewujudkan kerangka kerjasama menyeluruh antara kedua-dua institusi. Malah melalui MoU yang dimeterai antara USIM dan Universiti Anbar, ia bakal merintis peluang baharu kepada FPQS untuk membawa dan mendekatkan nama fakulti dan USIM dengan institusi pendidikan tinggi di Timur Tengah secara tidak langsung.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-scaled.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-101728\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-300x196.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"196\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-200x130.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-300x196.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-400x261.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-600x391.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-768x501.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-800x522.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-1024x668.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-1200x783.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2399-1536x1002.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a> <a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-scaled.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-medium wp-image-101725\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-300x203.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"203\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-200x135.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-300x203.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-400x271.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-600x406.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-768x520.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-800x541.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-1024x693.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-1200x812.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/05\/IMG_2387-1536x1039.jpg 1536w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a><\/p>\n<p>Menurut Dekan FPQS, Profesor Madya Dr Mohd Zohdi Mohd Amin, antara ruang lingkup kerjasama yang akan dilaksanakan bersama Universiti Anbar nanti termasuklah program pertukaran akademik melibatkan kakitangan dan pelajar, penyelidikan bersama, penerbitan kolaboratif, pembangunan kurikulum terutamanya dalam bidang Pengajian Islam, al-Quran dan Sunnah serta Bahasa Arab<\/p>\n<p>\u201cBidang kerjasama lain yang akan turut diterokai adalah pertukaran budaya dan pembangunan kapasiti dalam aspek akademik dan pentadbiran. Langkah segera selepas ini adalah untuk FPQS aturkan perbincangan khas bersama Naib Canselor dan dekan-dekan fakulti. Sasarannya, dalam tempoh sebulan, kita dapat menyediakan satu kertas cadangan program kerjasama yang komprehensif untuk diserahkan kepada Universiti Anbar\u201d.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini kita menerima delegasi Universiti Anbar melawat ke fakulti dan semasa itu mereka tertarik dengan kemampuan dan kelebihan yang terdapat di FPQS dan USIM. Alhamdulillah, hari ini kita rasmikan hubungan FPQS-USIM dan Universiti Anbar melalui MoU kerana saya melihat begitu banyak potensi yang boleh kita terokai secara bersama selepas ini\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Kerjasama ini sejajar dengan misi bersama kedua-dua universiti untuk memperkasa kedudukan al-Quran, Hadith dan Islam sejajar dengan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT. MoU ini turut menggambarkan aspirasi USIM untuk menjadi rujukan global dalam keilmuan Islam melalui kerjasama antarabangsa yang memberi impak serta menerajui integrasi ilmu Naqli dan Aqli pada 2025.<\/p>\n<p>Bersempena majlis MoU ini juga turut diadakan sesi perbincangan meja bulat antara wakil-wakil fakulti di USIM bersama barisan delegasi dari Universiti Anbar untuk melihat potensi sinergi lain yang boleh dilaksanakan bersama kepelbagaian kepakaran akademia yang USIM miliki. Selain itu, delegasi turut di bawa melawat ke fasiliti makmal penyelidikan yang terdapat di FPQS.<\/p>\n<p>USIM berharap jalinan kerjasama ini akan membuahkan hasil yang bermanfaat dan memberi impak yang besar kepada pembangunan keilmuan Islam di peringkat antarabangsa.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><em>Sumber: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah <\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melebarkan rakan strategiknya di luar negara apabila USIM memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Anbar, Iraq pada Jumaat. Majlis menandatangani MoU antara kedua-dua universiti disempurnakan oleh USIM yang diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato Ts Dr Sharifudin Md Shaarani manakala Universiti Anbar\u00a0 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":101733,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101736"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=101736"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101736\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":101738,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101736\/revisions\/101738"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/101733"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=101736"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=101736"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=101736"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}