{"id":101936,"date":"2025-06-12T13:11:55","date_gmt":"2025-06-12T05:11:55","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kk1-usim-diiktiraf-kafeteria-sihat-ke-arah-kampus-sejahtera\/"},"modified":"2025-06-26T15:53:46","modified_gmt":"2025-06-26T07:53:46","slug":"kk1-usim-diiktiraf-kafeteria-sihat-ke-arah-kampus-sejahtera","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kk1-usim-diiktiraf-kafeteria-sihat-ke-arah-kampus-sejahtera\/","title":{"rendered":"KK1 USIM Diiktiraf Kafeteria Sihat: Ke Arah Kampus Sejahtera"},"content":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila Kafeteria Kolej Kediaman 1 (KK1) diiktiraf sebagai Kafeteria Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan pengiktirafan ini, USIM menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama di Negeri Sembilan yang menerima anugerah tersebut.<\/p>\n<p>Majlis penyerahan sijil pengiktirafan telah berlangsung di KK1 USIM baru-baru ini disempurnakan oleh wakil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban, disaksikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL), YM Raja Mariam Raja Mohd Esa, serta wakil daripada Pusat Kesihatan Universiti.<\/p>\n<p>Wakil Lagenda Legacy, Encik Amrullah Jaafar selaku Pengurus Kafeteria KK1, menerima sijil penghargaan tersebut atas komitmen mereka dalam menyediakan hidangan sihat, bersih dan berkualiti kepada warga kampus.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-medium wp-image-101929 alignleft\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-300x225.jpg\" alt=\"\" width=\"300\" height=\"225\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-200x150.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-300x225.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-400x300.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-600x450.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-768x576.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-800x600.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519-1200x900.jpg 1200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/06\/IMG_5519.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 300px) 100vw, 300px\" \/><\/a>Menurut YM Raja Mariam Raja Mohd Esa, \u201cPengiktirafan ini menjadi sejarah baharu dalam usaha USIM membudayakan pemakanan sihat dan persekitaran kampus yang sejahtera. Ia bermula dengan tekad dan komitmen bersama antara penyedia makanan, Pusat Kesihatan Universiti (PKU) serta sokongan agensi luar seperti KKM dan PKD.\u201d<\/p>\n<p>Inisiatif Kafeteria Sihat oleh KKM bertujuan untuk mempromosikan pilihan makanan sihat dan persekitaran makan yang menyokong gaya hidup sihat. Ia selari dengan hasrat USIM untuk melahirkan pelajar bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga sihat fizikal dan mental.<\/p>\n<p>Pencapaian ini turut mencerminkan kejayaan sinergi antara Lagenda Legacy, PRUPEL, PKU dan PKD yang komited mendukung kesejahteraan warga kampus.<\/p>\n<p>USIM berharap kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pengendali kafeteria lain di seluruh kampus untuk terus mempertingkatkan kualiti pemakanan dan persekitaran makan demi melahirkan komuniti kampus yang lebih sihat, selamat dan sejahtera.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><strong><em>Oleh: Muhamad Ikmal Firdaus Mustafa<\/em><\/strong><\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar satu lagi pencapaian membanggakan apabila Kafeteria Kolej Kediaman 1 (KK1) diiktiraf sebagai Kafeteria Sihat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dengan pengiktirafan ini, USIM menjadi Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) pertama di Negeri Sembilan yang menerima anugerah tersebut. Majlis penyerahan sijil pengiktirafan telah berlangsung di KK1 USIM baru-baru ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":101934,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101936"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=101936"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101936\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":102163,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/101936\/revisions\/102163"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/101934"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=101936"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=101936"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=101936"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}