{"id":102112,"date":"2025-06-15T11:33:32","date_gmt":"2025-06-15T03:33:32","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/program-turathiyyah-kubra-perkukuh-penghayatan-ilmu-turath-dalam-kalangan-mahasiswa\/"},"modified":"2025-06-23T12:42:57","modified_gmt":"2025-06-23T04:42:57","slug":"program-turathiyyah-kubra-perkukuh-penghayatan-ilmu-turath-dalam-kalangan-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/program-turathiyyah-kubra-perkukuh-penghayatan-ilmu-turath-dalam-kalangan-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Program Turathiyyah Kubra perkukuh penghayatan Ilmu Turath dalam Kalangan Mahasiswa"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dengan kerjasama Nadi Thaqafah dan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), telah menganjurkan program ilmiah bertajuk Turathiyyah Kubra: Bacaan Turath, Kajian Analisis & Kritikal yang berlangsung di Dewan Utama FPBU pada 14 Jun 2025 bar-baru ini.<\/p>\n
Objektif utama program ini adalah untuk menyemarakkan budaya keilmuan dan memperkukuh kefahaman mendalam terhadap warisan ilmu Islam berasaskan kitab-kitab turath. Program ini merupakan antara pengisian utama dalam Siswa SoulFest @ USIM, sebuah inisiatif besar anjuran MPP USIM dengan sokongan pelbagai agensi dan kelab pelajar termasuk Pusat Islam USIM serta pertubuhan pelajar lain.<\/p>\n
Tiga ilmuwan dari Unit Kajian Ilmiah Turath (U-KIT) telah diundang bagi menyampaikan pengajian dan analisis terhadap beberapa karya agung dalam tradisi keilmuan Islam. Antara kitab yang dikupas ialah Matan Umm al-Barahin, Mughni al-Muhtaj, dan Matan al-Ajurumiyyah.<\/p>\n Dekan Fakulti Pengajian Bahasa Utama,Prof. Dr. Zainur Rijal Abdul Razak dalam ucapan perasmiannya menegaskan kepentingan untuk terus memelihara dan mendalami warisan turath. B<\/p>\n Beliau berkata lagi, \u201cKita tidak boleh meninggalkan aspek turath. Justeru, kita perlu membaca, menyemak, menggali dan menganalisis karya para ulama kerana ia berpotensi meningkatkan kerohanian dan membentuk pemahaman yang benar terhadap agama.\u201d<\/p>\n<\/a>
<\/a><\/p>\n