{"id":102175,"date":"2025-06-26T16:07:24","date_gmt":"2025-06-26T08:07:24","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-perkasa-literasi-siber-pelajar-sekolah-agama-melalui-program-ai-driven-cybersecurity-through-cyber-hasanat\/"},"modified":"2025-06-26T16:18:28","modified_gmt":"2025-06-26T08:18:28","slug":"usim-perkasa-literasi-siber-pelajar-sekolah-agama-melalui-program-ai-driven-cybersecurity-through-cyber-hasanat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-perkasa-literasi-siber-pelajar-sekolah-agama-melalui-program-ai-driven-cybersecurity-through-cyber-hasanat\/","title":{"rendered":"USIM perkasa literasi siber pelajar sekolah agama melalui program \u201cAI-Driven Cybersecurity Through Cyber Hasanat\u201d"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah memperkukuh celik digital dalam kalangan generasi muda menerusi pelaksanaan program AI-Driven Cybersecurity Through Cyber Hasanat for Sustainable Digital Communities<\/em> yang berlangsung di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMA Nilai) pada 22 Jun 2025 baru-baru ini. Program ini melibatkan penyertaan seramai 117 pelajar Tingkatan 1 dan 2, dengan matlamat membina kesedaran tentang keselamatan siber serta menerapkan etika penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian remaja \u2014 sejajar dengan pendekatan teknologi yang berlandaskan nilai.<\/p>\n Majlis perasmian disempurnakan oleh Encik Darmadi bin Zulkifly, Penolong Kanan Pentadbiran SMA Nilai, yang merakamkan penghargaan kepada USIM atas inisiatif mendekatkan pendidikan keselamatan digital kepada pelajar sekolah. Menurut beliau, dalam dunia digital yang semakin mencabar, penguasaan teknologi perlu diseiringkan dengan nilai moral, akhlak dan kesedaran etika demi membentuk masyarakat digital yang berintegriti dan berdaya tahan.<\/p>\n