{"id":119649,"date":"2025-07-20T10:55:44","date_gmt":"2025-07-20T02:55:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-raikan-warga-cemerlang-di-majlis-anugerah-kecemerlangan-dan-inovasi-2024\/"},"modified":"2025-08-01T11:59:50","modified_gmt":"2025-08-01T03:59:50","slug":"usim-raikan-warga-cemerlang-di-majlis-anugerah-kecemerlangan-dan-inovasi-2024","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-raikan-warga-cemerlang-di-majlis-anugerah-kecemerlangan-dan-inovasi-2024\/","title":{"rendered":"USIM Raikan Warga Cemerlang di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi 2024"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2024 berlangsung meriah meraikan seorang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 147 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 28 kategori Anugerah Khas. Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Lembaga Pengarah USIM pada 18 Julai 2025 baru baru ini.<\/p>\n
Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan aluannya menegaskan bahawa kecemerlangan dan inovasi adalah proses berterusan, bukan sekadar pencapaian sekali-sekala.\u00a0 Beliau menyeru seluruh warga USIM untuk terus menjadi penggerak perubahan dan pencetus inspirasi dengan memegang teguh prinsip itqan<\/em> sebagaimana tuntutan Rasulullah SAW iaitu melaksanakan tugasan dengan tekun dan berkualiti sebagai sebahagian daripada ibadah.<\/p>\n \u201cUSIM kini bukan lagi sekadar universiti membangun, tetapi institusi rujukan nasional dan antarabangsa. Pencapaian 25 tahun ini adalah hasil kerja keras, integriti dan daya saing warga USIM yang berpaksikan nilai-nilai Islam,\u201d katanya.<\/p>\n Majlis AKI 2024 bukan sahaja meraikan kejayaan lalu, tetapi menjadi pembakar semangat buat seluruh warga universiti untuk melangkah lebih jauh dalam memacu kecemerlangan pendidikan tinggi Islam di peringkat global.<\/p>\n Majlis turut menganugerahkan Anugerah Khas Ilmuwan Dakwah kepada Allahyarham Prof. Madya Dr. Rumaizuddin Ghazali atas jasa beliau dalam dunia akademik dan dakwah di seluruh negara. Anugerah Khas Ilmuwan Dakwah merupakan anugerah yang memberikan pengiktirafan kepada individu yang memberikan sumbangan besar dalam bidang akademik dan lapangan dakwah serta menghargai usaha dan dedikasi dalam menyebarkan ilmu dan nilai-nilai Islam.<\/p>\n Majlis turut diserikan dengan nyanyian koir oleh staf-staf USIM dengan lagu berjudul \u201cKita\u201d yang mencerminkan semangat dan jati diri warga Universiti Sains Islam Malaysia, malah turut mengangkat nilai-nilai keilmuan, kesepaduan dan warisan budaya yang menjadi nadi kepada kecemerlangan universiti ini sepanjang 25 tahun penubuhannya.<\/p>\n Turut hadir sama Prof. Dato\u2019 Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dato\u2019 Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), dan Dato\u2019 Muhammad Haizuan Rozali,<\/p>\n Pendaftar USIM<\/p>\n <\/p>\n Oleh: Norhaida Abd Shukor<\/em><\/p>\n <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Inovasi (AKI) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2024 berlangsung meriah meraikan seorang penerima Pingat Perkhidmatan Cemerlang, 147 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan 28 kategori Anugerah Khas. Majlis yang berlangsung di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Lembaga Pengarah USIM pada […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":119647,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/119649"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=119649"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/119649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":119650,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/119649\/revisions\/119650"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/119647"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=119649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=119649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=119649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n