{"id":120180,"date":"2025-09-08T17:05:10","date_gmt":"2025-09-08T09:05:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-dan-gdtj-meterai-perjanjian-pemilikan-bersama-harta-intelek-batik-bunga-lado\/"},"modified":"2025-09-08T17:11:07","modified_gmt":"2025-09-08T09:11:07","slug":"usim-dan-gdtj-meterai-perjanjian-pemilikan-bersama-harta-intelek-batik-bunga-lado","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-dan-gdtj-meterai-perjanjian-pemilikan-bersama-harta-intelek-batik-bunga-lado\/","title":{"rendered":"USIM dan GDTJ Meterai Perjanjian Pemilikan Bersama Harta Intelek Batik Bunga Lado"},"content":{"rendered":"
SEREMBAN \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Galeri Diraja Tuanku Ja\u2019afar (GDTJ) hari ini menandatangani Perjanjian Pemilikan Bersama Harta Intelek hasil projek pertandingan mereka bentuk batik motif Bunga Lado. Majlis bersejarah itu berlangsung di Dewan GDTJ, Seremban.<\/p>\n
Perjanjian tersebut dimeterai oleh Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor USIM dan Puan Nur Amira Mohamad Zin, Penolong Kurator GDTJ yang turut disaksikan oleh Profesor Dato’ Dr. Muhammad Tauffik Mohd Noor, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan Profesor Madya Dr. Nurul Syala Abdul Latip, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB).<\/p>\n
Motif Bunga Lado turut sinonim dengan identiti budaya Negeri Sembilan yang berakar daripada warisan Minangkabau. Diilhamkan daripada tumbuhan lada hutan yang banyak ditemui di kawasan tersebut, corak ini bukan sahaja menjadi elemen hiasan dalam batik dan tenunan, malah melambangkan kekuatan, keanggunan serta jati diri masyarakat Negeri Sembilan yang kaya dengan nilai adat dan tradisi.<\/p>\n