{"id":120367,"date":"2025-09-11T16:33:44","date_gmt":"2025-09-11T08:33:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-santuni-komuniti-150-sukarelawan-jayakan-program-sekolah-angkat-madani-di-sman\/"},"modified":"2025-09-11T16:33:44","modified_gmt":"2025-09-11T08:33:44","slug":"usim-santuni-komuniti-150-sukarelawan-jayakan-program-sekolah-angkat-madani-di-sman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-santuni-komuniti-150-sukarelawan-jayakan-program-sekolah-angkat-madani-di-sman\/","title":{"rendered":"USIM Santuni Komuniti: 150 Sukarelawan Jayakan Program Sekolah Angkat MADANI di SMAN"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) telah menganjurkan Program Komuniti Sekolah Angkat MADANI 2025 berbentuk University Service Responsibility (USR) di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) semalam, 10 September 2025.<\/p>\n
Program yang disertai oleh hampir 150 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar SMAN, kakitangan USIM serta wakil komuniti setempat turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) USIM.<\/p>\n
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah kerja-kerja mengecat dan menyelenggara penghawa dingin di Bilik Gerakan SMAN, menaik taraf serta mengecat tiang padang, pagar penghadang, dan RC Seating. Selain itu, struktur serta bumbung yang rosak di kawasan padang sekolah turut dibaik pulih. Selain itu, usaha penukaran pili paip usang di kawasan asrama pelajar dan kantin sekolah juga dilaksanakan demi keselesaan harian warga SMAN.<\/p>\n Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, ketika merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Sekolah Angkat MADANI 2025, menegaskan bahawa penglibatan pelbagai pihak dalam program ini mencerminkan semangat inklusif serta tanggungjawab sosial universiti terhadap masyarakat.<\/p>\n \u201cProgram ini bukan sahaja memperindahkan persekitaran sekolah, malah menjadi bukti bahawa nilai gotong-royong, kepedulian dan semangat MADANI mampu diterjemahkan melalui tindakan bersama. USIM sentiasa komited untuk terus bersama komuniti dalam usaha pembangunan pendidikan dan Masyarakat\u201d.<\/p>\n \u201cSelain itu kita turut menerima sumbangan tajaan cat daripada syarikat Bina Paint yang membolehkan proses pengecatan dilaksanakan dengan lebih lancar dan menyeluruh. Semangat kebersamaan jelas terpancar apabila guru, pelajar, kakitangan USIM serta komuniti setempat turun padang menggembleng tenaga bagi memastikan kejayaan program ini\u201d, ujar beliau.<\/p>\n Sementara itu, Pengetua SMAN Tuan Hj Mohammad Noh Sujud menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan USIM dan juga penaja dari Bina Paint yang bertungkus lumus menceriakan dan membaikpulih fasiliti sekolah demi memberi keselesaan kepada para pelajar dan guru-guru.<\/p>\n Dengan kejayaan penganjuran Program USR ini, SMAN kini tampil dengan wajah baharu yang lebih ceria dan kondusif untuk proses pembelajaran. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga USIM, SMAN serta semua rakan strategik yang telah bertungkus-lumus menjayakan program bermakna ini.<\/p>\n Turut hadir ke Majlis Penyampaian Watikah Sekolah Angkat MADANI Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM Prof Dato Dr Muhammad Tauffik Mohd Noor,\u00a0 Pengarah PLiMJI Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi serta Pengarah JPPF Ir. Shahri Amri Jahari.<\/p>\n NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) telah menganjurkan Program Komuniti Sekolah Angkat MADANI 2025 berbentuk University Service Responsibility (USR) di Sekolah Menengah Agama Nilai (SMAN) semalam, 10 September 2025. Program yang disertai oleh hampir 150 peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar SMAN, kakitangan USIM serta […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":120334,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/120367"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=120367"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/120367\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/120334"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=120367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=120367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=120367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"