{"id":121514,"date":"2025-10-13T22:35:29","date_gmt":"2025-10-13T14:35:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/gabungan-palapes-dan-silat-usim-gamatkan-hari-sukan-negara-2025\/"},"modified":"2025-10-13T22:48:49","modified_gmt":"2025-10-13T14:48:49","slug":"gabungan-palapes-dan-silat-usim-gamatkan-hari-sukan-negara-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/gabungan-palapes-dan-silat-usim-gamatkan-hari-sukan-negara-2025\/","title":{"rendered":"Gabungan PALAPES dan Silat USIM Gamatkan Hari Sukan Negara 2025"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Seramai 41 peserta terdiri daripada 30 Pegawai Kadet dan 5 jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama 6 pelajar Persatuan Seni Silat USIM telah menampilkan Persembahan Gabungan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan Seni Silat sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Seremban yang berlangsung di Kompleks Sukan Tunku Najihah, USIM pada 11 Oktober 2025.<\/p>\n
Persembahan yang penuh semangat dan bertenaga itu berjaya memukau para hadirin dengan aksi yang mantap, berdisiplin dan tersusun \u2014 menonjolkan ketangkasan, kekuatan fizikal serta nilai kepahlawanan mahasiswa USIM.<\/p>\n Gabungan dua pasukan ini menampilkan keunikan masing-masing, dengan PALAPES USIM mempersembahkan Tempur Tanpa Senjata (TTS) manakala Persatuan Pencak Silat USIM mempersembahkan Seni Silat dan Silat Olahraga. Setiap gerakan dipamerkan dengan disiplin tinggi, menggambarkan semangat juang serta keberanian yang menjadi tunjang kepada latihan ketenteraan dan seni bela diri USIM.<\/p>\n Majlis sambutan Hari Sukan Negara ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Arul Kumar A\/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai. Turut hadir ialah YBrs. Prof. Madya Dr. Mushaddad Hasbullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) USIM, yang turut memberikan sokongan moral kepada para peserta.<\/p>\n Penganjuran ini mencerminkan bukan sahaja semangat kesukanan dan kepahlawanan dalam kalangan warga USIM, tetapi juga komitmen universiti dalam melahirkan graduan yang cergas fizikal, mantap mental dan unggul dalam kepimpinan.<\/p>\n Inisiatif ini juga selaras dengan Amanat Naib Canselor USIM di bawah Sasaran Ketiga: Teras Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, yang menekankan kepentingan kesejahteraan dan kesihatan holistik bagi membentuk warga USIM yang seimbang serta berprestasi tinggi.<\/p>\n Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh pegawai kadet, jurulatih dan pelajar Seni Silat yang telah menzahirkan persembahan dengan penuh disiplin, dedikasi dan semangat patriotik.<\/p>\n <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Seramai 41 peserta terdiri daripada 30 Pegawai Kadet dan 5 jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama 6 pelajar Persatuan Seni Silat USIM telah menampilkan Persembahan Gabungan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dan Seni Silat sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Seremban yang berlangsung di Kompleks Sukan Tunku […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121499,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121514"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121514"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121514\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":121515,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121514\/revisions\/121515"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121499"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121514"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121514"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121514"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n