{"id":121519,"date":"2025-10-13T22:56:11","date_gmt":"2025-10-13T14:56:11","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/?p=121519"},"modified":"2025-10-13T22:56:11","modified_gmt":"2025-10-13T14:56:11","slug":"fkp-perkasa-kepimpinan-global-melalui-international-leadership-mobility-2-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/fkp-perkasa-kepimpinan-global-melalui-international-leadership-mobility-2-0\/","title":{"rendered":"FKP Perkasa Kepimpinan Global melalui International Leadership Mobility 2.0"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah dalam agenda pengantarabangsaan apabila berjaya menganjurkan International Leadership Mobility Program 2.0, yang berlangsung dari 5 hingga 12 Oktober 2025.<\/p>\n
Program edisi kedua ini menghimpunkan 23 peserta antarabangsa daripada Islamic University of Maldives, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, dan Universitas Muhammadiyah Yogyakarta, Indonesia.<\/p>\n
Menurut Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) Dr. Kartini Kamaruzzaman, pihak fakulti amat berbesar hati menerima kehadiran para peserta yang sanggup menempuh perjalanan jauh untuk bersama-sama warga USIM dalam program ini.<\/p>\n
\u201cKami berharap semua peserta dapat menimba ilmu dan pengalaman berharga melalui pelbagai aktiviti yang disusun, khususnya sesi sit-in class<\/em> bersama pensyarah USIM. Ia bukan sahaja memperkaya pengetahuan, malah membuka ruang interaksi dan perkongsian budaya yang bermakna,\u201d ujarnya.<\/p>\n Beliau turut mengalu-alukan peserta untuk mempertimbangkan melanjutkan pengajian pascasiswazah di USIM, sejajar dengan kepakaran fakulti dalam bidang kepimpinan, pengurusan, dan dakwah kontemporari.<\/p>\n Sementara itu, peserta dari Islamic University of Maldives, Ustaz Ismail Naser, menyifatkan program ini sebagai satu pengalaman yang memberi inspirasi dan membuka horizon baharu kepada peserta.<\/p>\n \u201cPerkenalan dengan pensyarah dan pelajar USIM memberi peluang membina jaringan akademik serta memperkukuh hubungan antarabangsa antara institusi,\u201d katanya.<\/p>\n Penganjuran ini bukan sekadar memperkukuh hubungan strategik antara USIM dan rakan institusi luar negara, malah menjadi platform memperluas jaringan akademik dan mobiliti pelajar di peringkat global.<\/p>\n FKP berhasrat menjadikan International Leadership Mobility Program sebagai inisiatif tahunan untuk melahirkan pemimpin pelajar berwibawa, berintegriti dan berjiwa global, selaras dengan visi USIM sebagai universiti berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.<\/p>\n <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus mengorak langkah dalam agenda pengantarabangsaan apabila berjaya menganjurkan International Leadership Mobility Program 2.0, yang berlangsung dari 5 hingga 12 Oktober 2025. Program edisi kedua ini menghimpunkan 23 peserta antarabangsa daripada Islamic University of Maldives, Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, dan Universitas […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121468,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121519"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121519"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121519\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":121521,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121519\/revisions\/121521"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121519"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121519"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121519"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/a>
<\/a>
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a>
<\/a>
<\/a><\/p>\n