{"id":121586,"date":"2025-10-14T10:35:22","date_gmt":"2025-10-14T02:35:22","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/giso-ayo-nang-indonesia-mahasiswa-usim-bina-ukhuwah-dan-inovasi-global\/"},"modified":"2025-10-14T10:43:02","modified_gmt":"2025-10-14T02:43:02","slug":"giso-ayo-nang-indonesia-mahasiswa-usim-bina-ukhuwah-dan-inovasi-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/giso-ayo-nang-indonesia-mahasiswa-usim-bina-ukhuwah-dan-inovasi-global\/","title":{"rendered":"GISO Ayo Nang Indonesia: Mahasiswa USIM Bina Ukhuwah dan Inovasi Global"},"content":{"rendered":"

SURABAYA\u00a0 \u2013 Seramai 28 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah pimpinan Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay telah menjayakan Global Islamic Student Outreach (GISO) 2025 di Indonesia.Program selama sembilan hari bermula 13 hingga 21 Ogos ini bertemakan \u201cAyo Nang Indonesia: Building Bridges, Creating Connection\u201d, melibatkan dua destinasi utama iaitu Surabaya dan Yogyakarta.<\/p>\n

Inisiatif ini memberi tumpuan kepada empat komponen utama Pemindahan Ilmu, Libatsama Masyarakat, Persilangan Budaya dan Kelestarian Alam Sekitar, sejajar dengan falsafah GISO yang menekankan integrasi ilmu dan amalan.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a> \"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Program dimulakan di Universiti Airlangga (UNAIR), Surabaya dengan sesi taaruf dan ceramah interaktif. Antara pengisian utama ialah modul AI-Cyber Hasanat, yang memperkenalkan papan permainan AI-Secure Cybercitizenship (AI-SET) inovasi berasaskan konsep monopoli yang menggabungkan elemen Kecerdasan Buatan (AI), keselamatan siber dan ilmu Integrasi Naqli dan Aqli (iNAQ).<\/p>\n

Menurut penasihat GISO, projek ini turut menerima sumbangan geran daripada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan berjaya menarik minat pelajar UNAIR terhadap isu keselamatan digital berteraskan nilai Islam.<\/p>\n

Hari kedua menyaksikan penganjuran Simposium INAQ yang menjadi platform akademik untuk memperkenalkan universiti masing-masing.
\nMenurut Stefani Altaffaranela Adisty, Ketua Badan Eksekutif Mahasiswa FST UNAIR, kolaborasi ini membuka peluang luas untuk pertukaran ilmu dan pengalaman.<\/p>\n

Program turut disemarakkan dengan pertukaran budaya, termasuk persembahan Dikir Barat, sajak Merdeka, tarian tradisional Malaysia serta tarian Sumazau yang mendapat sambutan hangat. Aktiviti \u201cKuih & Muih Beraneka Macam\u201d memperkenalkan dodol, bahulu dan kek lapis Sarawak sebagai simbol ukhuwah dan diplomasi budaya.<\/p>\n

\u201cMelalui pertukaran ilmu dan budaya, kita dapat menunjukkan keunikan Malaysia sambil belajar daripada masyarakat serumpun di Indonesia. Inilah semangat sebenar GISO membina jambatan dan mencipta hubungan,\u201d ujar Aisya Nur Balqis binti Ahmad Khairul, Pengarah Program.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Perjalanan diteruskan ke Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN Suka) di Yogyakarta. Suasana penuh warna-warni apabila pelajar kedua-dua institusi saling mempersembahkan tarian tradisional dan mencuba permainan rakyat, mencerminkan semangat kekeluargaan Nusantara.<\/p>\n

Selain aktiviti akademik, peserta turut menghayati tadabbur alam dan sejarah melalui aktiviti Jeep Merapi, lawatan ke Bukit Pengilon, Goa Pindul, Muzium Sonobudoyo, Keraton Yogyakarta, Malioboro dan Taman Sari.<\/p>\n

Program GISO Ayo Nang Indonesia 2025 bukan sekadar mengukuhkan jaringan akademik antara USIM, UNAIR dan UIN Suka, tetapi turut memperteguh ukhuwah Islamiah, identiti serumpun dan diplomasi pendidikan Islam global.<\/p>\n

Susulan kejayaan ini, UNAIR menyatakan hasrat untuk mengadakan lawatan balas ke USIM, membuka lembaran baharu dalam kolaborasi serantau.<\/p>\n

Selaras dengan model GIINA (Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli), pelaksanaan GISO membuktikan bahawa pengalaman global mampu menggerakkan potensi mahasiswa, menginternalisasikan<\/em> nilai ukhuwah Islamiah dan identiti diri, mengintegrasikan<\/em> ilmu dengan amalan praktikal, memupuk<\/em> kepimpinan berteraskan nilai MADANI, serta mengaplikasikan<\/em> diplomasi akademik dalam konteks antarabangsa. Kejayaan ini mengangkat nama USIM di persada dunia dengan menegaskan bahawa ukhuwah, ilmu, budaya dan inovasi digital mampu dijalin erat melalui platform GISO yang inklusif dan berimpak tinggi.<\/p>\n

Melalui GISO, USIM terus mengilhamkan sinergi serantau menghubungkan ilmu, budaya dan teknologi demi melahirkan graduan berjiwa global dan berakar nilai Islam.<\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

SURABAYA\u00a0 \u2013 Seramai 28 mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di bawah pimpinan Prof. Madya Ts. Dr. Sakinah Ali Pitchay telah menjayakan Global Islamic Student Outreach (GISO) 2025 di Indonesia.Program selama sembilan hari bermula 13 hingga 21 Ogos ini bertemakan \u201cAyo Nang Indonesia: Building Bridges, Creating Connection\u201d, melibatkan dua destinasi utama […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121560,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121586"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121586"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121586\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":121587,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121586\/revisions\/121587"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121560"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121586"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121586"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121586"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}