{"id":121725,"date":"2025-10-15T16:34:19","date_gmt":"2025-10-15T08:34:19","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-raikan-jasa-dan-bakti-warga-universiti-dalam-majlis-sanjungan-budi-2025\/"},"modified":"2025-10-21T16:49:46","modified_gmt":"2025-10-21T08:49:46","slug":"usim-raikan-jasa-dan-bakti-warga-universiti-dalam-majlis-sanjungan-budi-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-raikan-jasa-dan-bakti-warga-universiti-dalam-majlis-sanjungan-budi-2025\/","title":{"rendered":"USIM raikan jasa dan bakti Warga Universiti dalam Majlis Sanjungan Budi 2025"},"content":{"rendered":"
NILAI\u00a0 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan tradisi menghargai sumbangan warganya menerusi penganjuran Majlis Sanjungan Budi 2025 yang berlangsung penuh penghormatan di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) pada 15 Oktober 2025.<\/p>\n
Majlis yang disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menghimpunkan warga universiti bagi meraikan pesara, penerima Anugerah Khidmat Setia, Anugerah Jasa Setia serta penerima Anugerah Sumbangsih Naib Canselor. Turut diadakan ialah sesi memperingati tiga warga USIM yang telah kembali ke rahmatullah \u2014 Allahyarham En. Muin Yahaya, Allahyarham En. Mohd Zaki Jamaludin, dan Allahyarham Prof. Madya Dr. Mohd Rumaizuddin Ghazali.<\/p>\n
Dalam ucapannya, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin menzahirkan rasa syukur atas kehadiran dan komitmen warga USIM yang sentiasa menjadi tonggak kekuatan universiti. Bertepatan dengan sambutan 25 tahun penubuhan USIM, tahun ini menyaksikan buat julung kalinya penganugerahan khas \u201cAnugerah Jasa Setia 25 Tahun\u201d kepada staf yang telah berkhidmat sejak awal penubuhan universiti.<\/p>\n \u201cAnugerah ini merupakan simbolik penghargaan universiti kepada tuan-tuan dan puan-puan atas segala jasa, komitmen dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan di USIM,\u201d ujar beliau.<\/p>\n Selain menghargai sumbangan warga universiti, USIM turut mengiktiraf organisasi, syarikat dan individu luar yang menunjukkan dedikasi dan kecemerlangan luar biasa dalam bidang masing-masing melalui Anugerah Sumbangsih Naib Canselor.<\/p>\n Menyoroti erti sebenar khidmat dalam konteks Islam, Naib Canselor turut mengingatkan warga USIM agar terus mengekalkan budaya kerja yang berteraskan nilai ihsan dan kecemerlangan.<\/p>\n \u201cSetiap daripada kita memainkan peranan penting dalam menyemai bakti, menggunakan platform jawatan dan pengalaman yang dimiliki demi menjunjung visi dan misi universiti. Semoga penghargaan seumpama ini menjadi pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih berkualiti dan berintegriti,\u201d tambah beliau.<\/p>\n Majlis turut diserikan dengan penyampaian penghargaan kepada sembilan pesara USIM yang menamatkan perkhidmatan tahun ini. Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin mendoakan agar mereka dikurniakan kesihatan, kesejahteraan dan rezeki yang berpanjangan.<\/p>\n \u201cWalaupun majlis ini tidak mampu menandingi nilai sebenar khidmat bakti yang telah dicurahkan, ia adalah tanda ingatan dan kasih kami yang masih berkhidmat. Semoga kenangan manis sepanjang berada di USIM akan terus menjadi sebahagian daripada memori indah dalam hidup tuan-tuan dan puan-puan,\u201d katanya.<\/p>\n NILAI\u00a0 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) meneruskan tradisi menghargai sumbangan warganya menerusi penganjuran Majlis Sanjungan Budi 2025 yang berlangsung penuh penghormatan di Dewan Utama Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) pada 15 Oktober 2025. Majlis yang disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, menghimpunkan warga universiti bagi meraikan pesara, penerima […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121694,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121725"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121725"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121725\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":121726,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121725\/revisions\/121726"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121694"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121725"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121725"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121725"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"