{"id":121799,"date":"2025-10-23T22:19:56","date_gmt":"2025-10-23T14:19:56","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-jadi-universiti-awam-pertama-miliki-saluran-tv-sendiri-di-platform-mytv-mana-mana\/"},"modified":"2025-10-29T13:06:31","modified_gmt":"2025-10-29T05:06:31","slug":"usim-jadi-universiti-awam-pertama-miliki-saluran-tv-sendiri-di-platform-mytv-mana-mana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-jadi-universiti-awam-pertama-miliki-saluran-tv-sendiri-di-platform-mytv-mana-mana\/","title":{"rendered":"USIM Jadi Universiti Awam Pertama Miliki Saluran TV Sendiri  di Platform MYTV Mana-Mana"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;\">NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia memiliki saluran rasmi penyiaran digital melalui platform MYTV Mana-Mana, hasil kerjasama strategik dengan MYTV Broadcasting Sdn. Bhd.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ALTEL Encik Mohamad Helmi Harith dalam satu majlis rasmi di Bangunan Canselori, USIM hari ini.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone wp-image-121791 size-full\" src=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600.jpg\" alt=\"\" width=\"900\" height=\"600\" srcset=\"https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-200x133.jpg 200w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-300x200.jpg 300w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-400x267.jpg 400w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-600x400.jpg 600w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-768x512.jpg 768w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600-800x533.jpg 800w, https:\/\/www.usim.edu.my\/wp-content\/uploads\/2025\/10\/039A3007_resized_900x600.jpg 900w\" sizes=\"(max-width: 900px) 100vw, 900px\" \/><\/a><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Naib Canselor, Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, kerjasama dengan MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. ini menandakan satu langkah strategik dalam memperluas penjenamaan USIM melalui penyiaran digital. Perjanjian selama setahun ini membolehkan USIMTV beroperasi sebagai saluran rasmi di platform MYTV Mana-Mana, iaitu platform <em>Over-the-Top (OTT)<\/em> dan <em>Free-to-Air<\/em> yang boleh diakses melalui pelbagai peranti pintar seperti televisyen pintar, laman sesawang, dan aplikasi mudah alih.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini membolehkan kandungan ilmiah, dakwah dan kemasyarakatan USIM disiarkan kepada khalayak yang lebih luas, sekaligus memperkukuh peranan universiti dalam penyebaran ilmu, nilai dan budaya Islam yang progresif\u201d, ujarnya lagi.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MYTV, En. Mohamad Helmi Harith menyifatkan inisiatif ini sebagai pencapaian penting dalam sejarah penyiaran negara apabila USIM menjadi universiti awam pertama yang memiliki saluran rasmi di aplikasi MYTV Mana-Mana.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Beliau percaya sinergi antara MYTV sebagai penyedia platform dan USIM sebagai penyedia kandungan akan memperkukuh pembangunan bakat pelajar serta memperkayakan kandungan tempatan yang berinformasi dan beretika. MYTV turut komited untuk terus memainkan peranan dalam memacu industri penyiaran nasional dan memperluas capaian kandungan pendidikan kepada seluruh rakyat Malaysia.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Sebagai pengendali berlesen di bawah Communications and Multimedia Act 1998 (Akta 588), MYTV Broadcasting menyediakan platform penyiaran digital kepada pelbagai sektor termasuk pendidikan, hiburan dan komuniti.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">USIMTV dijangka mula bersiaran pada 1 Disember 2025, selama 12 jam sehari (6.00 pagi \u2013 6.00 petang), menampilkan pelbagai program seperti dokumentari ilmiah dan kajian universiti, bual bicara dan forum pendidikan, program gaya hidup Islam dan kemasyarakatan, siri pendek inspirasi pelajar dan alumni, kandungan khas sempena acara universiti dan <em>podcast<\/em>.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Dengan lebih 6.7 juta penonton dan 180,000 pengguna aktif bulanan, platform MYTV Mana-Mana dilihat berpotensi besar memperluas capaian global USIM dan menyebarkan kandungan berasaskan ilmu serta nilai Islamik kepada masyarakat.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Melalui pelaksanaan MoA ini, USIM bukan sahaja melangkah ke dunia penyiaran digital, tetapi turut mengorak langkah ke arah pendemokrasian ilmu, sejajar dengan aspirasi universiti sebagai Universiti Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencipta sejarah apabila menjadi universiti awam pertama di Malaysia memiliki saluran rasmi penyiaran digital melalui platform MYTV Mana-Mana, hasil kerjasama strategik dengan MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) yang ditandatangani oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dan Ketua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121790,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121799"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=121799"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121799\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":121813,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/121799\/revisions\/121813"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121790"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=121799"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=121799"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=121799"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}