{"id":122116,"date":"2025-10-30T18:06:27","date_gmt":"2025-10-30T10:06:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/pelajar-fst-usim-buktikan-daging-salai-pun-boleh-jadi-inovasi\/"},"modified":"2025-11-06T09:28:07","modified_gmt":"2025-11-06T01:28:07","slug":"pelajar-fst-usim-buktikan-daging-salai-pun-boleh-jadi-inovasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pelajar-fst-usim-buktikan-daging-salai-pun-boleh-jadi-inovasi\/","title":{"rendered":"Pelajar FST USIM Buktikan Daging Salai Pun Boleh Jadi Inovasi"},"content":{"rendered":"
NILAI\u2014 Siapa sangka daging salai yang lazimnya dinikmati dalam hidangan tradisional mampu diolah menjadi snek moden yang berkhasiat, mudah dibawa dan digemari semua peringkat umur? Inilah idea kreatif sekumpulan pelajar tahun akhir Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang memperkenalkan produk inovatif mereka, \u201cHomemade Beef Jerky\u201d berperisa masak lemak cili padi.<\/p>\n
Kumpulan tersebut diketuai oleh\u00a0Hafiz Irshad Azman, bersama ahli kumpulan\u00a0Muhammad Muhaimin Zubir, Nurulain Syazwani Azmi, Aisya Mazwin Azhar\u00a0dan\u00a0Ahmad Azharudin Nasarudin, di bawah seliaan\u00a0Prof. Madya Dr. Nur Huda Faujan. Projek ini dibentangkan sempena\u00a0Festival of Idea (FOI) Negeri Sembilan 2025, yang berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober di USIM.<\/p>\n Menurut Hafiz, idea tersebut tercetus selepas mereka menyedari trend pengambilan snek di Malaysia yang semakin membimbangkan kerana banyak produk di pasaran mengandungi bahan tambahan serta rendah nilai khasiat.<\/p>\n \u201cKami mahu mengubah persepsi masyarakat terhadap snek. Jadi kami hasilkan produk tinggi protein, berkhasiat dan tetap mengekalkan cita rasa tempatan,\u201d jelasnya.<\/p>\n Menariknya, inspirasi produk ini datang daripada\u00a0\u201cbeef jerky\u201d\u00a0popular di luar negara, terutamanya dalam kalangan masyarakat\u00a0Native American. Namun kumpulan ini memberi nafas baharu dengan memperkenalkan\u00a0perisa masak lemak cili padi, masakan tradisional yang amat dekat di hati rakyat Malaysia.<\/p>\n \u201cOrang Malaysia suka sesuatu yang rasa familiar. Jadi kami bawa konsep jerky, tapi dengan sentuhan tradisional,\u201d tambah Hafiz.<\/p>\n Projek yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk disiapkan ini menerima\u00a0sambutan luar biasa\u00a0sepanjang festival. Ramai pengunjung dan juri tertarik dengan keunikan rasa serta konsep yang diketengahkan, sehingga semua\u00a0sampel dan tester\u00a0yang dibawa habis dalam masa singkat.<\/p>\n Walaupun berdepan cabaran seperti kekangan peralatan di makmal, semangat kumpulan ini tidak pernah pudar.<\/p>\n \u201cKami terpaksa bergilir menggunakan\u00a0dehydrator<\/em>\u00a0kerana bilangannya terhad. Tapi walaupun penat dengan tugasan tahun akhir, kami tetap teruskan sebab nak hasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan,\u201d kata Hafiz.<\/p>\n Bagi mereka, peluang membentangkan projek di hadapan panel profesional termasuk\u00a0Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sunshine Bread Company\u00a0menjadi pengalaman paling berharga sepanjang pengajian.<\/p>\n \u201cWalaupun semuanya disiapkan pada saat akhir, pengalaman ini memang\u00a0unforgettable<\/em>. Kami belajar banyak perkara tentang inovasi makanan dan cara mempersembahkan idea kepada audiens,\u201d ujar Hafiz lagi.<\/p>\n Melihat potensi besar produk tersebut, kumpulan ini bercadang untuk meneruskan usaha selepas festival dengan membuka tempahan sekiranya berpeluang.<\/p>\n \u201cPermintaan tinggi semasa festival buat kami yakin produk ini boleh pergi jauh. Insha-Allah kalau ada rezeki, kami akan teruskan,\u201d katanya penuh semangat.<\/p>\n Sebagai pesanan kepada pelajar lain yang ingin menyertai festival pada masa akan datang, Hafiz menitipkan semangat motivasi:<\/p>\n \u201cJangan takut untuk mencuba. Berani lontarkan idea walaupun nampak kecil, sebab dari situlah inovasi sebenar bermula.\u201d<\/p>\n <\/p>\n Oleh: Muhammad Iqbal Sham Shor Annuar<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI\u2014 Siapa sangka daging salai yang lazimnya dinikmati dalam hidangan tradisional mampu diolah menjadi snek moden yang berkhasiat, mudah dibawa dan digemari semua peringkat umur? Inilah idea kreatif sekumpulan pelajar tahun akhir Program Bioteknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang memperkenalkan produk inovatif mereka, \u201cHomemade Beef Jerky\u201d berperisa masak […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":121970,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122116"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122116"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122116\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122120,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122116\/revisions\/122120"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/121970"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122116"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122116"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122116"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n