{"id":122242,"date":"2025-11-07T11:51:27","date_gmt":"2025-11-07T03:51:27","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/?p=122242"},"modified":"2025-11-07T12:09:16","modified_gmt":"2025-11-07T04:09:16","slug":"jpmpp-usim-pacu-kejayaan-tertinggi-dalam-sejarah-96-97-pelajar-mengundi-dalam-pemilihan-mpp-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/jpmpp-usim-pacu-kejayaan-tertinggi-dalam-sejarah-96-97-pelajar-mengundi-dalam-pemilihan-mpp-2025\/","title":{"rendered":"JPMPP USIM Pacu Kejayaan Tertinggi Dalam Sejarah: 96.97% Pelajar Mengundi Dalam Pemilihan MPP 2025"},"content":{"rendered":"
NILAI – Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus membuktikan peranan pentingnya sebagai tulang belakang pelaksanaan pilihan raya kampus yang lancar, telus dan berimpak tinggi. Melalui kepimpinan dinamik serta pendekatan komunikasi yang segar, JPMPP berjaya mencipta sejarah apabila 96.97% pelajar USIM turun mengundi dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (PMPP) 2025yang berlangsung malam tadi. Ini juga merupakan pencapaian tertinggi sejak penubuhan universiti.<\/p>\n
Menurut Pengerusi JPMPP 2025, Amirul Hairie Muhammad,22, pelajar Tahun 4, Fakulti Sains dan Teknologi (FST), kejayaan ini merupakan hasil gabungan strategi kreatif, semangat kerja berpasukan dan dedikasi tinggi semua ahli JPMPP.<\/p>\n \u201cPeranan JPMPP bukan sekadar mengurus pemilihan, tetapi juga mencetuskan suasana politik kampus yang sihat dan matang. Kami mahu pelajar bukan hanya keluar mengundi, tetapi memahami kepentingan suara mereka dalam demokrasi kampus,\u201d katanya.<\/p>\n JPMPP tahun ini menampilkan pelbagai inisiatif baharu yang dekat dengan dunia pelajar, termasuk penghasilan poster interaktif, video pendek dan kempen media sosial kreatif bagi meningkatkan kesedaran pengundi. Kerjasama erat dengan Persatuan Mahasiswa Fakulti (PMF) turut memperluas capaian maklumat serta menarik penglibatan pelajar dari semua fakulti. Amirul turut menzahirkan penghargaan kepada pasukannya yang sentiasa komited dan berdedikasi.<\/p>\n \u201cSaya bersyukur kerana mempunyai pasukan yang mampu mengurus pilihan raya kampus dengan baik walaupun dengan pemantauan minimum. Inilah semangat sebenar kerja berpasukan,\u201d tambahnya.<\/p>\n Dalam memastikan proses pilihan raya kampus berjalan lancar, JPMPP menerima sokongan teknikal penuh daripada Pusat Pembangunan Sistem dan Kejuruteraan (SDEC) yang menyediakan sistem e-undi USIM berasaskan laman sesawang yang stabil, selamat dan mesra pengguna. Sistem tersebut turut dipertingkatkan dengan ciri keselamatan data dan bantuan teknikal masa nyata sepanjang tempoh pengundian.<\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n