{"id":122494,"date":"2025-11-13T15:02:08","date_gmt":"2025-11-13T07:02:08","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/pengambilan-ke-46-palapes-usim-raih-penyertaan-tertinggi\/"},"modified":"2025-11-13T15:08:31","modified_gmt":"2025-11-13T07:08:31","slug":"pengambilan-ke-46-palapes-usim-raih-penyertaan-tertinggi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/pengambilan-ke-46-palapes-usim-raih-penyertaan-tertinggi\/","title":{"rendered":"Pengambilan Ke-46 PALAPES USIM Raih Penyertaan Tertinggi"},"content":{"rendered":"

NILAI \u2013 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) mencatat sejarah baharu apabila seramai 58 calon Pegawai Kadet berjaya lulus Temuduga Akhir Pengambilan Ke-46 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM. Jumlah ini melebihi kuota asal iaitu 50 orang bagi setiap pengambilan, menjadikan ia penyertaan terbesar setakat ini.<\/p>\n

Calon-calon yang hadir terdiri daripada 35 lelaki dan 23 wanita, dan kesemuanya telah melepasi tapisan awal melibatkan pemeriksaan Body Mass Index (BMI), Ujian Kecergasan Asas (UKA) serta pemeriksaan kesihatan. Temuduga akhir dikendalikan oleh Lembaga Temuduga PALAPES USIM yang dianggotai lapan panel, dipengerusikan oleh Timbalan Komandan PALAPES USIM, Lt Kol Rozaimi bin Kamarudin.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Menurut Lt Kol Rozaimi bin Kamarudin, saringan akhir ini amat penting bagi memilih calon yang benar-benar berpotensi dan berdisiplin tinggi. Beliau menegaskan bahawa PALAPES bukan sahaja platform latihan ketenteraan, malah medan membentuk sahsiah, jati diri dan nilai patriotisme dalam kalangan mahasiswa USIM.<\/p>\n

Sejurus selesai proses temuduga, kesemua 58 calon disahkan lulus dan seterusnya menghadiri Upacara Angkat Sumpah Pegawai Kadet Pengambilan Ke-46 PALAPES USIM. Majlis penuh tertib itu menyaksikan para calon melafazkan ikrar taat setia sebagai Pegawai Kadet, sekali gus menandakan pelantikan rasmi mereka ke dalam pasukan PALAPES.<\/p>\n

Upacara tersebut turut dihadiri para pegawai, ahli panel temuduga dan jurulatih yang menyaksikan detik bersejarah ini. Dengan pelantikan ini, para Pegawai Kadet akan meneruskan latihan ketenteraan mengikut Rancangan Pengurusan Latihan (RPL) PALAPES secara berperingkat.<\/p>\n

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar serta ucapan tahniah kepada semua Pegawai Kadet baharu. Diharapkan pelantikan ini menjadi permulaan perjalanan penuh makna dalam melahirkan generasi muda yang berdisiplin, patriotik dan berwawasan.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI \u2013 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) mencatat sejarah baharu apabila seramai 58 calon Pegawai Kadet berjaya lulus Temuduga Akhir Pengambilan Ke-46 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pembangunan Kemahiran Insaniah (PPKI), USIM. Jumlah ini melebihi kuota asal iaitu 50 orang bagi setiap pengambilan, menjadikan ia penyertaan terbesar setakat ini. […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122476,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122494"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122494"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122494\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122495,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122494\/revisions\/122495"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122494"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122494"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122494"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}