{"id":122585,"date":"2025-11-12T11:51:50","date_gmt":"2025-11-12T03:51:50","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/maju-santuni-lebih-4000-mahasiswa-usim-jadi-tuan-rumah-majlis-penyerahan-bantuan-one-off-anak-johor-2025\/"},"modified":"2025-11-19T12:16:03","modified_gmt":"2025-11-19T04:16:03","slug":"maju-santuni-lebih-4000-mahasiswa-usim-jadi-tuan-rumah-majlis-penyerahan-bantuan-one-off-anak-johor-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/maju-santuni-lebih-4000-mahasiswa-usim-jadi-tuan-rumah-majlis-penyerahan-bantuan-one-off-anak-johor-2025\/","title":{"rendered":"MAJU Santuni Lebih 4,000 Mahasiswa: USIM Jadi Tuan Rumah Majlis Penyerahan Bantuan Anak Johor 2025"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan pendidikan anak negeri terserlah apabila seramai 1,036 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Mahasiswa Anak Johor (MAJU) 2025, yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.<\/p>\n
Majlis anjuran bersama Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Mahasiswa Anak Johor USIM (MAJU) ini menyaksikan setiap mahasiswa menerima bantuan tunai RM200, sebagai sokongan meringankan kos sara hidup dan memacu kecemerlangan akademik. Malah, lebih 4,000 mahasiswa anak Johor di pelbagai institusi sekitar Negeri Sembilan turut menerima bantuan tunai ini.<\/p>\n
Dalam ucapan perasmian, YB Tuan Haji Abd. Mutalip Abd. Rahim, ADUN Angkat Mahasiswa Anak Johor USIM, menegaskan bahawa keutamaan negeri ialah memastikan setiap anak Johor tidak ketinggalan dalam arus pendidikan, meskipun berdepan tekanan kos hidup masa kini.<\/p>\n \u201cBantuan tunai ini bertujuan meringankan beban kewangan mahasiswa dan menjadi tanda sokongan moral agar anak-anak Johor terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Kerajaan Negeri Johor akan terus memberi komitmen berterusan dalam pelbagai program pendidikan, termasuk biasiswa, latihan kepimpinan dan program sahsiah. Ia seiring usaha melahirkan generasi muda Johor yang berwibawa serta bersedia memimpin negeri,\u201dkatanya.<\/p>\n Beliau turut menyeru mahasiswa untuk berpegang kepada disiplin, integriti dan semangat juang yang tinggi.<\/p>\n \u201cSebagai mahasiswa, anda membawa harapan keluarga, masyarakat dan negeri Johor. Setiap kejayaan yang anda capai adalah cerminan keupayaan anak Johor,\u201d<\/em> ujarnya lagi.<\/p>\n Sementara itu, Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani, menyifatkan usaha YPJ dan kerajaan negeri sebagai amalan terbaik dalam menyokong ekosistem pendidikan inklusif. Sebagai anak kelahiran Johor, beliau turut menyatakan rasa terharu atas keprihatinan kerajaan negeri.<\/p>\n \u201cBantuan ini bukan sahaja meringankan beban kewangan pelajar, malah menjadi suntikan semangat selari dengan visi USIM dalam membentuk graduan berilmu dan berakhlak untuk terus melangkah maju dalam dunia akademik,\u201d jelas beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan pendidikan anak negeri terserlah apabila seramai 1,036 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diraikan dalam Majlis Penyerahan Bantuan Mahasiswa Anak Johor (MAJU) 2025, yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini. Majlis anjuran bersama Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dan Mahasiswa Anak Johor […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122571,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122585"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122585"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122588,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122585\/revisions\/122588"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122571"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n