{"id":122780,"date":"2025-11-25T11:40:35","date_gmt":"2025-11-25T03:40:35","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/mutawif-pensyarah-tasmik-dua-anak-muda-tamat-dijap-dengan-perjuangan-hebat\/"},"modified":"2025-11-27T14:53:06","modified_gmt":"2025-11-27T06:53:06","slug":"mutawif-pensyarah-tasmik-dua-anak-muda-tamat-dijap-dengan-perjuangan-hebat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/mutawif-pensyarah-tasmik-dua-anak-muda-tamat-dijap-dengan-perjuangan-hebat\/","title":{"rendered":"Mutawif & Pensyarah Tasmik: Dua Anak Muda Tamat DIJAP dengan Perjuangan Hebat"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2014 Program Diploma Lepasan Ijazah Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menonjol sebagai platform lahirnya graduan berjiwa kental, apabila dua graduan pada majlis konvokesyen kali ini tampil dengan kisah perjuangan yang yang benar-benar menguji kekuatan diri.<\/p>\n
Bagi Muhammad Faruq Muhammad Idris, 29, kejayaan menggenggam skrol DIJAP bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi simbol kekuatan menghadapi pelbagai ujian hidup. Anak kelahiran Kuala Lumpur yang kini menetap di Ipoh, melalui laluan pendidikan agama sejak sekolah menengah, termasuk pengajian Tahfiz di Darul Quran sebelum menamatkan Ijazah Sarjana Muda di Jordan.<\/p>\n
Namun cabaran sebenar bermula sebaik menyambung DIJAP apabila beliau perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai suami, bapa, anak dan pelajar, selain berdepan kekangan kewangan yang kritikal.<\/p>\n Untuk menampung kehidupan dan yuran pengajian, Faruq bekerja serentak sebagai Pensyarah Tasmik sambilan di UNITEN, imam dan tenaga pengajar Bahasa Arab. Keadaan bertambah getir apabila ibunya diserang strok, manakala isterinya pula baru melahirkan cahaya mata mereka.<\/p>\n \u201cKetika itu saya perlu jaga ibu, urus bayi baru lahir, bekerja dan pada masa yang sama menyiapkan tugasan pengajian,\u201d jelasnya.<\/p>\n \u201cBelajar tiada had masa. Masalah bukan alasan untuk berhenti.\u201d Faruq kini bersedia memulakan latihan dalam kamar (chambering) sebagai langkah ke arah menjadi Peguam Syarie bertauliah.<\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n