{"id":122783,"date":"2025-11-25T14:46:00","date_gmt":"2025-11-25T06:46:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-cipta-sejarah-fakulti-pergigian-lahirkan-graduan-sulung-sarjana-sains-pergigian-gunaan\/"},"modified":"2025-11-27T14:56:54","modified_gmt":"2025-11-27T06:56:54","slug":"usim-cipta-sejarah-fakulti-pergigian-lahirkan-graduan-sulung-sarjana-sains-pergigian-gunaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-cipta-sejarah-fakulti-pergigian-lahirkan-graduan-sulung-sarjana-sains-pergigian-gunaan\/","title":{"rendered":"USIM Cipta Sejarah, lahirkan 131 graduan dari tujuh program baharu"},"content":{"rendered":"

NILAI, 25 November 2025 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah baharu apabila berjaya melahirkan sejumlah 131 graduan bagi tujuh program baharu pada Majlis Konvokesyen ke-23 USIM kali ini.<\/p>\n

Ia adalah program Doktor Falsafah Alam Bina, Sarjana Sains Alam Bina, Sarjana Sains Pergigian Gunaan, Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian), Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian) (Mod 3U1I), Sarjana Muda Teknologi Industri Kesihatan dengan Kepujian serta Diploma Lepasan Ijazah \u2013 Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) secara pesisir di kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS).<\/p>\n

Pada sidang pertama, seramai empat graduan sulung Program Sarjana Sains Pergigian Gunaan di bawah Fakulti Pergigian (FPg) diraikan. Graduan perintis tersebut ialah Nurul Kauthar Mohamad Khari, 34, Farishah Nur Abd Samad, 32, Vishalah Retna a\/p Retnasingam, 39, dan Munirah Mohd Rosali, 36, merupakan antara 204 graduan yang menerima ijazah pada majlis konvokesyen Sidang Pertama yang dikurniakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Canselor USIM, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud hari ini.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

Mereka mengambil masa setahun untuk menamatkan pengajian sarjana sebelum meneruskan perjalanan akademik ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) selama tiga tahun.<\/p>\n

Kehadiran mereka sebagai kumpulan graduan pertama program unik ini membuktikan komitmen USIM dalam menyediakan platform akademik berimpak tinggi yang melahirkan pakar bukan sahaja berkemahiran klinikal, tetapi juga mahir dalam bidang sains pergigian gunaan seperti bioteknologi dan teknologi bahan pergigian moden.<\/p>\n

Sepanjang tempoh pengajian, para graduan bukan sahaja mempelajari aspek kesihatan dan pergigian, malah turut diberi peluang mendalami integrasi ilmu Naqli dan Aqli, sejajar dengan falsafah pendidikan USIM yang inklusif kepada semua pelajar, tanpa mengira latar belakang agama.<\/p>\n

\u201cSaya rasa belajar tentang ilmu agama Islam sangat memberi manfaat kerana Malaysia negara berbilang kaum. Adalah baik untuk memahami agama lain,\u201d ujar Dr. Vishalah Retna.<\/p>\n

Pengalaman ini menjadi bukti bagaimana USIM membentuk graduan yang seimbang dari segi rohani dan intelektual, sekali gus mampu memberikan nilai tambah dalam penjagaan kesihatan oral masyarakat.<\/p>\n

Berkongsi mengenai perancangan masa hadapan, Dr. Vishalah Retna merupakan penerima tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa kesemua mereka kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD selama tiga tahun.<\/p>\n

Sementara itu, Dr. Farishah Nur Abd Samad berkata dorongan serta semangat daripada kedua-dua ibu bapanya yang juga merupakan pensyarah menjadi pendorong utama untuk terus menuntut ilmu hingga ke peringkat tertinggi.<\/p>\n

Sebagai graduan sulung program ini, mereka turut menzahirkan penghargaan kepada para pensyarah FPg yang menjadi tulang belakang sepanjang tempoh pengajian. Mereka berharap agar graduan USIM, khususnya dalam bidang pergigian, akan terus komited menggabungkan etika profesional dan integriti seterusnya menjadi model pakar pergigian Muslim yang holistik dan disegani.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

\n

Dalam pada itu, Syazwani Zamri, 29, dari Pulau Pinang, sebagai\u00a0<\/span>graduan sulung program Sarjana Sains Alam Bina\u00a0<\/span>di bawah Fakulti Alam Bina dan Reka Bentuk (FKAB mengakui terkejut apabila mengetahui dirinya merupakan perintis program tersebut, namun berbangga apabila akhirnya berjaya menamatkan pengajian. \u201cMasa mula-mula tahu saya cohort pertama, memang terkejut. Tapi bila hari ini dah jadi realiti, saya rasa sangat bersyukur,\u201d katanya.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Perjalanan pengajiannya bukan mudah apabila perlu mengikuti master secara\u00a0<\/span>bersendirian tanpa rakan sekelas, selain berdepan cabaran penyelidikan yang memerlukan lawatan tapak, pengukuran bangunan, serta kekangan masa. Namun, sokongan sahabat, pensyarah dan keluarga menjadi sumber kekuatan sepanjang tiga tahun pengajian tersebut. Kajian tesis beliau yang memfokuskan\u00a0<\/span>rumah tradisional Negeri Sembilan\u00a0<\/span>dianggap pengalaman paling unik dan mencabar dalam bidang alam bina.<\/p>\n<\/div>\n

\n

\u201cAwal-awal memang rasa sunyi, tapi saya dikelilingi sahabat yang banyak beri semangat. Ada masa rasa nak putus asa, tapi akhirnya semua kepenatan bertahun-tahun itu berbaloi,\u201d ujarnya. Beliau turut menerima\u00a0<\/span>Biasiswa Jameel Education Foundation – USIM Scholarship Programme sebagai sokongan kewangan sepanjang pengajian.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Kini, bekerja sambilan dalam bidang seni bina, Syazwani merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat\u00a0<\/span>PhD, terutama dalam bidang penyelidikan seni bina dan warisan. Beliau berharap kejayaannya dapat memberi inspirasi kepada pelajar lain agar kekal berusaha walau berdepan cabaran.<\/p>\n<\/div>\n

\n

\u201cJangan pernah putus harapan. Walaupun ada hari kita rasa susah, insya-Allah akhirnya kita akan rasa kemanisan usaha itu juga,\u201d katanya. Kejayaan Syazwani bukan sahaja mengangkat nama dirinya, malah menandakan kemajuan program Sains Alam Bina USIM dalam melahirkan penyelidik dan profesional yang kompeten.<\/p>\n<\/div>\n

 <\/p>\n

Oleh: Iqbal Ilyas Mohd Nordin, Siti Nur Insyiraah Sh Hussin, Nur Khadija Sulaiman, Nur Fatin Atiqah Mokhtar, Aina Farzana Azrul Anuar<\/span><\/strong><\/p>\n

\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 25 November 2025 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melakar sejarah baharu apabila berjaya melahirkan sejumlah 131 graduan bagi tujuh program baharu pada Majlis Konvokesyen ke-23 USIM kali ini. Ia adalah program Doktor Falsafah Alam Bina, Sarjana Sains Alam Bina, Sarjana Sains Pergigian Gunaan, Sarjana Muda Pengurusan dengan Pelancongan (Kepujian), Sarjana Muda Pengurusan dengan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122686,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122783"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122783"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122783\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122784,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122783\/revisions\/122784"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122686"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122783"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122783"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122783"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}