{"id":122789,"date":"2025-11-25T15:07:44","date_gmt":"2025-11-25T07:07:44","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kehilangan-ayah-sebulan-sebelum-peperiksaan-tidak-patahkan-semangat-graduan-usim\/"},"modified":"2025-11-28T09:17:50","modified_gmt":"2025-11-28T01:17:50","slug":"kehilangan-ayah-sebulan-sebelum-peperiksaan-tidak-patahkan-semangat-graduan-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kehilangan-ayah-sebulan-sebelum-peperiksaan-tidak-patahkan-semangat-graduan-usim\/","title":{"rendered":"Kehilangan Ayah Sebulan Sebelum Peperiksaan Tidak Patahkan Semangat Graduan USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI \u2014 Seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurul Khairul Ellysa Khairul Azman, 24, menamatkan pengajian Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) dengan penuh ketabahan apabila kehilangan ayah tercinta hanya empat minggu sebelum peperiksaan akhir.<\/p>\n

Ellysa, yang kini menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma guaman di Bangi, berkata ujian itu merupakan cabaran terbesar sepanjang pengajiannya, terutama dari segi emosi dan fokus akademik.<\/p>\n

\u201cWalaupun sukar, saya tetap teruskan kerana itu yang papa mahukan. Kejayaan ini saya hadiahkan untuk papa,\u201d katanya ketika ditemui.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n

Beliau memilih bidang kehakiman dan guaman syarie kerana minat mendalam terhadap profesion peguam dan keinginan memahami sistem perundangan Islam secara lebih menyeluruh. Sokongan ibu, adik-beradik, rakan-rakan serta para pensyarah banyak membantu beliau kembali stabil selepas pemergian ayahnya.<\/p>\n

Mengimbangi jadual akademik dengan komitmen kerja sebagai pelatih guaman bukan perkara mudah, namun Ellysa mengekalkan disiplin ketat dengan menyusun tugasan mengikut keutamaan, menetapkan matlamat harian dan memberi masa untuk rehat bagi menjaga kesihatan mental.<\/p>\n

Beliau berharap kisahnya dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain agar tetap kuat apabila berdepan ujian hidup.<\/p>\n

\u201cCari sokongan, beri ruang untuk pulih, dan teruskan langkah,\u201d ujarnya lagi.<\/p>\n

 <\/p>\n

Oleh: Muhammad Iqbal bin Shamshor Annuar<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI \u2014 Seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nurul Khairul Ellysa Khairul Azman, 24, menamatkan pengajian Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie (DIJAP) dengan penuh ketabahan apabila kehilangan ayah tercinta hanya empat minggu sebelum peperiksaan akhir. Ellysa, yang kini menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma guaman di Bangi, berkata ujian itu merupakan cabaran […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122743,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122789"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122789"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122789\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122790,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122789\/revisions\/122790"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122743"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122789"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122789"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122789"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}