{"id":122809,"date":"2025-11-28T15:49:06","date_gmt":"2025-11-28T07:49:06","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/sarat-mengandung-bukan-penghalang-aliya-untuk-habiskan-pengajian\/"},"modified":"2025-11-28T17:54:52","modified_gmt":"2025-11-28T09:54:52","slug":"sarat-mengandung-bukan-penghalang-aliya-untuk-habiskan-pengajian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/sarat-mengandung-bukan-penghalang-aliya-untuk-habiskan-pengajian\/","title":{"rendered":"Sarat mengandung bukan penghalang Aliya untuk habiskan pengajian"},"content":{"rendered":"
\n

NILAI – Graduan Fakulti Pendidikan Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Aliya Yasmin Mohamad Nizam, 26, menjadi inspirasi pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23 apabila berjaya menamatkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) dalam keadaan sarat hamil.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Ketika melalui minggu-minggu genting peperiksaan dan penyiapan projek akhir, kandungannya sudah mencecah lapan bulan, namun beliau tetap teguh meneruskan pengajian. Komitmen Aliya Yasmin terhadap cita-cita untuk menjadi pendidik bertauliah mengatasi segala cabaran fizikal dan mental, membuktikan bahawa pengorbanan masa, tenaga dan kesihatan demi ilmu tidak pernah sia-sia.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu turut berkongsi bahawa minatnya terhadap bidang perguruan mendorong beliau menyambung pengajian di USIM walaupun datang daripada latar belakang yang berbeza. Menggalas peranan sebagai pelajar dan isteri yang sedang mengandung bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila tugasan memerlukan pergerakan aktif.<\/p>\n

\"\"<\/a><\/p>\n<\/div>\n

\n

\u201cSo far okay, Alhamdulillah. Tapi cabaran yang paling saya risau adalah program luar yang mewajibkan kami berkhemah selama empat hari tiga malam di Pulau Besar, Melaka, ketika kandungan saya sudah empat bulan lebih,\u201d katanya. Walaupun perlu mengikuti aktiviti yang agak lasak, beliau bersyukur kerana menerima pemantauan rapi daripada pensyarah serta jurulatih bagi memastikan keselamatannya sepanjang program.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Pencapaian Aliya Yasmin turut diperkukuh oleh sokongan persekitaran yang kondusif. Beliau menzahirkan penghargaan kepada para pensyarah FPBU yang sentiasa memahami keadaannya dan memberi kelonggaran sewajarnya. Tidak kurang penting, sokongan moral dan emosi daripada suami serta keluarga menjadi sumber kekuatan utama yang membantu beliau kekal fokus sepanjang pengajian.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Beliau turut menitipkan pesanan kepada para pelajar, agar terus cekal mengejar ilmu walau apa pun rintangannya.
\n\u201cJangan pernah berhenti menuntut ilmu dalam apa bidang sekalipun. Walau apa cabaran, ingatlah bahawa menuntut ilmu adalah jihad di jalan Allah,\u201d ujarnya.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Kejayaan Aliya Yasmin bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi turut menggambarkan semangat Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli yang menjadi teras USIM. Ia membuktikan bahawa dengan azam yang kuat serta sokongan padu, segala cabaran mampu diatasi demi mengejar ilmu dan kerjaya impian.<\/p>\n<\/div>\n

\n

Oleh: Iqbal Ilyas Bin Mohd Nordin<\/strong><\/p>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI – Graduan Fakulti Pendidikan Bahasa Utama (FPBU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Aliya Yasmin Mohamad Nizam, 26, menjadi inspirasi pada Majlis Konvokesyen USIM ke-23 apabila berjaya menamatkan Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) dalam keadaan sarat hamil. Ketika melalui minggu-minggu genting peperiksaan dan penyiapan projek akhir, kandungannya sudah mencecah lapan bulan, namun beliau tetap teguh […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122801,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122809"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122809"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122809\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122810,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122809\/revisions\/122810"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122801"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122809"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122809"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122809"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}