{"id":122913,"date":"2025-11-27T22:59:18","date_gmt":"2025-11-27T14:59:18","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/oku-itu-orang-kelebihan-upaya-azfar-irfan-julang-semangat-inklusif-di-usim\/"},"modified":"2025-12-01T09:48:24","modified_gmt":"2025-12-01T01:48:24","slug":"oku-itu-orang-kelebihan-upaya-azfar-irfan-julang-semangat-inklusif-di-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/oku-itu-orang-kelebihan-upaya-azfar-irfan-julang-semangat-inklusif-di-usim\/","title":{"rendered":"\u201cOKU Itu Orang Kelebihan Upaya\u201d: Azfar Irfan Julang Semangat Inklusif Di USIM"},"content":{"rendered":"<p style=\"font-weight: 400;\">NILAI\u2013 \u201cOKU bukanlah Orang Kurang Upaya, tetapi Orang Kelebihan Upaya.\u201d Ungkapan ini menjadi pegangan Azfar Irfan Danish Azrul Fahmee, 23, graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang berjaya menamatkan pengajian meskipun berdepan kekangan penglihatan pada mata kanannya sejak lahir yang kini berkhidmat sebagai pengaturcara komputer di Syarikat Schlumberger (SLB) Malaysia.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Mengimbau perjalanan akademiknya, Azfar, anak kelahiran Pulau Pinang itu menyifatkan kekurangan penglihatan sebagai cabaran terbesar yang memberi kesan kepada kestabilan emosi serta tumpuan dalam pembelajaran.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Walaupun pada awalnya merupakan pelajar aliran sains perubatan, Azfar memilih untuk meneruskan pengajian dalam bidang sains komputer setelah tertarik dengan perkongsian dan bimbingan rakannya yang terdahulu meneruskan pengajian dalam bidang sains komputer. Peralihan tersebut menjadi langkah penting dalam menentukan hala tuju kerjayanya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">\u201cSaya banyak belajar asas pengaturcaraan daripada <em>senior<\/em> hampir setiap malam melalui MS Teams dan Google Meet sebelum semester bermula. Itu yang banyak membantu saya menyesuaikan diri,\u201d katanya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Sebagai pelajar kurang upaya penglihatan, beliau berdepan cabaran ketika menghadap skrin komputer untuk tempoh panjang. Namun, Azfar mengambil inisiatif menyesuaikan diri dengan menggunakan skrin bersaiz besar dan kaedah visual yang membantu melancarkan proses pengekodan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">\u201cAlhamdulillah, setakat ini saya tidak berdepan masalah dalam kerja-kerja pengekodan,\u201d tambahnya.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Beliau turut menzahirkan rasa syukur atas sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibu bapa, adik-beradik serta rakan-rakan yang banyak membantu dari aspek akademik dan dorongan untuk terus aktif menyertai kegiatan universiti.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">Azfar berharap kejayaannya dapat menjadi inspirasi kepada pelajar lain yang berdepan cabaran serupa.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">\u201cKekurangan ini bukan halangan. Bagi saya, OKU ialah Orang Kelebihan Upaya. Kita perlu memilih untuk melihatnya dari sudut positif,\u201d katanya, menutup perbualan.<\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\"><strong><em>Oleh: Iqbal Ilyas Mohd Nordin<\/em><\/strong><\/p>\n<p style=\"font-weight: 400;\">\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI\u2013 \u201cOKU bukanlah Orang Kurang Upaya, tetapi Orang Kelebihan Upaya.\u201d Ungkapan ini menjadi pegangan Azfar Irfan Danish Azrul Fahmee, 23, graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan dan Jaminan Maklumat) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), yang berjaya menamatkan pengajian meskipun berdepan kekangan penglihatan pada mata kanannya sejak lahir yang kini berkhidmat sebagai pengaturcara komputer di Syarikat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122874,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122913"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122913"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122913\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":122914,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122913\/revisions\/122914"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122874"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122913"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122913"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122913"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}