{"id":122959,"date":"2025-11-27T16:24:01","date_gmt":"2025-11-27T08:24:01","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/dialisis-bukan-penghalang-aliaa-genggam-ijazah-dengan-kekuatan-luar-biasa\/"},"modified":"2025-11-27T16:24:01","modified_gmt":"2025-11-27T08:24:01","slug":"dialisis-bukan-penghalang-aliaa-genggam-ijazah-dengan-kekuatan-luar-biasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/dialisis-bukan-penghalang-aliaa-genggam-ijazah-dengan-kekuatan-luar-biasa\/","title":{"rendered":"Dialisis Bukan Penghalang: Aliaa Genggam Ijazah Dengan Kekuatan Luar Biasa"},"content":{"rendered":"<p>NILAI\u00a0\u2013 Keazaman seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menamatkan ijazah sambil bergelut dengan ujian kesihatan wajar dijadikan inspirasi. Aliaa Yasmin Kamal, 24, graduan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, merupakan anak keempat daripada lima beradik dari Puchong, Selangor.<\/p>\n<p>Perjalanan akademiknya yang bermula pada 2019 berubah secara drastik apabila pemeriksaan kesihatan bagi kemasukan program Tamhidi mengesan darah dalam air kencing. Susulan pemeriksaan menyeluruh, hospital mengesahkan beliau menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap 5 akibat <em>IgA Nephropathy<\/em>, iaitu penyakit autoimun yang menyebabkan pengumpulan protein IgA pada penapis buah pinggang (glomeruli). Khabar itu terlalu mengejutkan sehingga Aliaa menggambarkannya sebagai detik yang kabur, sunyi dan sukar dipercayai.<\/p>\n<p>Beliau kini dikenang sebagai antara graduan USIM yang paling cekal apabila bukan sahaja menempuh kesukaran akademik, malah menjalani rawatan dialisis berkala serta beberapa prosedur pembedahan sepanjang bergelar mahasiswi. Walaupun berdepan keletihan fizikal dan tekanan mental, Aliaa tetap berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.4, selain berada dalam Senarai Dekan selama tiga semester.<\/p>\n<p>\u201cRutin saya waktu itu cuma dua iaitu kuliah dan dialisis,\u201d katanya mengenang kembali detik mencabar itu. Keletihan fizikal yang berpanjangan turut memberi kesan kepada emosi, apatah lagi apabila melihat rakan sebaya menjalani kehidupan kampus yang lebih bebas. Namun sokongan keluarga dan rakan-rakan menjadi pemangkin untuk beliau terus bangkit.<\/p>\n<p>Ibunya, Puan Fatimah Omar, dan ayahnya, Tuan Kamal Wok, menjadi tulang belakang terbesar, hadir menemani rawatan pertama dialisis, pembedahan, serta setiap komplikasi kesihatan yang dilalui. \u201cIjazah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk pengorbanan mereka,\u201d ujar Aliaa penuh sebak.<\/p>\n<p>Pengorbanan itu turut disambut oleh abangnya, Amirul Hazman, 27 tahun, yang menjadi penderma dalam prosedur pemindahan buah pinggang. Dalam sesi penilaian psikiatri sebelum transplant, ketika ditanya mengapa beliau sanggup menjadi penderma, Amirul menjawab, \u201cSaya mahu dia punya kehidupan yang lebih luas, seperti yang saya rasai pada usia muda.\u201d Kata-kata itu kekal sebagai memori paling penting dalam hidup Aliaa.<\/p>\n<p>\u201cTak kira berapa banyak kata semangat yang kita terima, ia takkan menyamai sakit yang kita rasa. Tapi masa depan itu berbaloi untuk diperjuangkan. Kalau tak mampu pandang setahun ke depan, pandang esok pun cukup.\u201d, tambahnya Aliaa agi.<\/p>\n<p>Kini, Aliaa menyertai Sime Darby Prot\u00e9g\u00e9 Programme dan memberi tumpuan utama kepada kesihatan diri. Beliau tidak tergesa-gesa merancang masa depan jauh, sebaliknya menumpukan kebahagiaan diri untuk hari-hari mendatang. Tentang kerjaya atau sambung belajar, Aliaa memilih untuk terus bertawakal dan menyerahkan rezekinya kepada Allah.<\/p>\n<p><em><strong>Oleh: Wan Najian Putri Wan Mohd Lotpi<\/strong><\/em><\/p>\n<hr \/>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>NILAI\u00a0\u2013 Keazaman seorang graduan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang menamatkan ijazah sambil bergelut dengan ujian kesihatan wajar dijadikan inspirasi. Aliaa Yasmin Kamal, 24, graduan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, merupakan anak keempat daripada lima beradik dari Puchong, Selangor. Perjalanan akademiknya yang bermula pada 2019 berubah secara drastik apabila pemeriksaan kesihatan bagi kemasukan program Tamhidi mengesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":122948,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122959"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=122959"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/122959\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/122948"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=122959"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=122959"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=122959"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}