{"id":124201,"date":"2026-01-06T11:50:45","date_gmt":"2026-01-06T03:50:45","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/program-pendidikan-sepanjang-hayat-fpqs-usim-dekatkan-masyarakat-dengan-al-quran-dan-sunnah\/"},"modified":"2026-01-12T14:19:50","modified_gmt":"2026-01-12T06:19:50","slug":"program-pendidikan-sepanjang-hayat-fpqs-usim-dekatkan-masyarakat-dengan-al-quran-dan-sunnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/program-pendidikan-sepanjang-hayat-fpqs-usim-dekatkan-masyarakat-dengan-al-quran-dan-sunnah\/","title":{"rendered":"Program Pendidikan sepanjang hayat FPQS USIM dekatkan masyarakat dengan Al-quran dan Sunnah"},"content":{"rendered":"

NILAI-Pelaksanaan Program Pensijilan Program Pendidikan Sepanjang Hayat oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara fleksibel dengan kandungan kursus yang inklusif serta sesi pengajian secara sepenuhnya di dalam talian ternyata berjaya menarik penyertaan peserta saban tahun.<\/p>\n

Terdiri dari kalangan golongan yang bekerjaya dan pesara, program pensijilan yang mula ditawarkan pada tahun 2021 ini telah membuka ruang dan platform kepada masyarakat untuk mendalami ilmu al-Quran dan Sunnah melalui pengajian yang sahih, berautoriti dan berterusan.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Menawarkan dua program pensijilan iaitu Pensijilan Pengajian Quran dan Sunnah dan Pensijilan Talaqqi Quran Bersanad, seramai 661 peserta yang berjaya menamatkan kursus tersebut diraikan dalam Majlis Konvokesyen Kali Keempat Program Pensijilan Pendidikan Sepanjang Hayat FPQS USIM baru-baru ini.<\/p>\n

Diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS, ia menyaksikan sejumlah 657 graduan menerima sijil Pengajian Quran dan Sunnah dan empat orang menerima Sijil Talaqqi Quran Bersanad. Masing-masing menerima sijil yang disampaikan oleh Datuk Haji Md Yahaya Basimin, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan Dekan FPQS, Profesor Madya Dr. Mohd Zohdi Mohd Amin.<\/p>\n

Menurut Profesor Madya Dr Mohd Zohdi, sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat luar kampus yang mendaftar sebagai peserta program pensijilan adalah disebabkan oleh kandungan kedua-dua program pensijilan ini disusun dan dirangka oleh fakulti agar bersesuaian dengan komitmen perserta yang bekerjaya dan kumpulan pesara.<\/p>\n

\u201cPihak fakulti turut menyediakan kaedah bayaran yang fleksibel, sama ada bayaran penuh atau ansuran, bagi membuka ruang kepada lebih ramai pencinta ilmu menyertai program ini. Pada hari ini kita dapat melihat para penerima sijil terdiri daripada pelbagai latar usia dan pengalaman. Mereka ini ada yang sedang aktif dalam dunia kerjaya dan ada juga yang telah melangkah ke fasa persaraan\u201d<\/p>\n

\u201dNamun mereka ini tetap memilih untuk terus menuntut ilmu. Inilah makna sebenar pembelajaran sepanjang hayat; ilmu tidak pernah mengenal noktah usia, jawatan atau kedudukan. Semoga ilmu yang ditimba menjadi cahaya dalam kehidupan, keluarga dan masyarakat\u201d ujar Dr Zohdi.<\/p>\n

Para peserta Program Pensijilan Program Pendidikan Sepanjang Hayat yang dilaksanakan oleh FPQS USIM akan mengikuti sesi pengajian pada setiap hujung minggu selama empat bulan yang dikendalikan oleh kakitangan akademik berpengalaman di FPQS. Kemuncak kepada kursus ini adalah para perserta akan diraikan dalam majlis konvokesyen khas sebagai simbol penghargaan kepada kesungguhan, kesabaran dan komitmen para peserta menamatkan pengajian.<\/p>\n

 <\/p>\n

Oleh : Mohd Zaini Othman<\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI-Pelaksanaan Program Pensijilan Program Pendidikan Sepanjang Hayat oleh Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) secara fleksibel dengan kandungan kursus yang inklusif serta sesi pengajian secara sepenuhnya di dalam talian ternyata berjaya menarik penyertaan peserta saban tahun. Terdiri dari kalangan golongan yang bekerjaya dan pesara, program pensijilan yang mula ditawarkan pada […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124069,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124201"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124201"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124201\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124202,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124201\/revisions\/124202"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124069"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124201"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124201"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124201"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}