{"id":124221,"date":"2026-01-10T15:10:43","date_gmt":"2026-01-10T07:10:43","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/palapes-usim-perkukuh-kebajikan-pegawai-kadet-melalui-sbatm\/"},"modified":"2026-01-12T15:58:07","modified_gmt":"2026-01-12T07:58:07","slug":"palapes-usim-perkukuh-kebajikan-pegawai-kadet-melalui-sbatm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/palapes-usim-perkukuh-kebajikan-pegawai-kadet-melalui-sbatm\/","title":{"rendered":"PALAPES USIM perkukuh kebajikan Pegawai Kadet melalui taklimat SBATM"},"content":{"rendered":"

NILAI\u00a0 \u2013 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) Siri 1 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM melalui Taklimat Skim Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (SBATM). Taklimat ini telah disampaikan oleh Kapt (B) Muhammad Zhariff bin Zainudin dari Koperasi Tentera dan dihadiri oleh semua Pegawai Kadet, dengan fokus utama kepada pelaksanaan pengisian borang insurans Koperasi Tentera bagi Pegawai Kadet Junior.<\/p>\n

Program ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM sebagai platform memperkukuh ilmu dan kefahaman berkaitan pengurusan kebajikan anggota. Sepanjang sesi taklimat, pelbagai persoalan telah dikemukakan kepada penceramah merangkumi skop perlindungan skim, prosedur pelaksanaan, kaedah tuntutan serta kesesuaian penyertaan skim bagi Pegawai Kadet yang sedang menjalani latihan. Sesi soal jawab ini secara tidak langsung memperkukuh kefahaman pentadbiran serta peranan Anggota Tetap dalam memastikan kebajikan Pegawai Kadet diurus secara sistematik dan berkesan.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Taklimat turut memberi penekanan terhadap Skim Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (SBATM) yang dikendalikan oleh Koperasi Tentera sebagai mekanisme perlindungan kebajikan anggota. Skim ini merangkumi perlindungan kematian akibat penyakit atau kemalangan, hilang upaya kekal penuh atau separa akibat kemalangan, serta manfaat perubatan akibat kemalangan. Penerangan ini bertujuan memastikan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM memiliki kefahaman jelas bagi membimbing Pegawai Kadet dalam aspek perlindungan dan kebajikan sepanjang tempoh latihan.<\/p>\n

Selesai sesi taklimat, satu sesi pengisian borang insurans Koperasi Tentera telah dilaksanakan khusus untuk Pegawai Kadet Junior dengan bimbingan staf Koperasi Tentera serta pemantauan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM. Sesi ini bertujuan memastikan Pegawai Kadet Junior memahami tatacara pengisian borang, jenis perlindungan yang ditawarkan serta kepentingan menjaga kebajikan diri sebagai bakal anggota Angkatan Simpanan.<\/p>\n

Penganjuran Hari Pengajian Pasukan ini selaras dengan Perintah Ulung Panglima Latihan Tentera Darat, Objektif Kedua, yang menekankan kemampanan organisasi melalui tadbir urus berkesan, pengurusan kebajikan yang tersusun serta kesiapsiagaan berterusan pasukan. Pelaksanaan taklimat SBATM dan pengisian borang insurans ini mencerminkan komitmen PALAPES USIM dalam memastikan kebajikan Anggota dan Pegawai Kadet diurus secara sistematik dan berterusan demi menjamin kesinambungan latihan serta keberkesanan organisasi.<\/p>\n

Selaras dengan Amanat Naib Canselor USIM melalui Teras Ketiga: Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, PALAPES USIM terus memainkan peranan strategik dalam menyemarakkan kesejahteraan kampus melalui latihan ketenteraan yang berstruktur, selamat dan berorientasikan kebajikan. Penglibatan Pegawai Kadet dalam program ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam membentuk modal insan holistik yang bersedia berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.<\/p>\n

Secara keseluruhan, Hari Pengajian Pasukan PALAPES USIM telah dilaksanakan dengan teratur dan berdisiplin, sekali gus menonjolkan peranan penting Pegawai dan Anggota Tetap sebagai tulang belakang pengurusan latihan dan kebajikan pasukan, serta memastikan Pegawai Kadet Junior menerima pengisian yang jelas, tepat dan berkesan.<\/p>\n

\"PALAPES<\/a><\/p>\n

\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI\u00a0 \u2013 Pasukan Latihan Pegawai Simpanan Universiti Sains Islam Malaysia (PALAPES USIM) telah menganjurkan Hari Pengajian Pasukan (HPP) Siri 1 yang memberi penekanan terhadap aspek kebajikan Pegawai dan Anggota Tetap PALAPES USIM melalui Taklimat Skim Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (SBATM). Taklimat ini telah disampaikan oleh Kapt (B) Muhammad Zhariff bin Zainudin dari Koperasi Tentera dan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124223,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124221"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124221"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124221\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124228,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124221\/revisions\/124228"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}