{"id":124277,"date":"2026-01-20T18:28:36","date_gmt":"2026-01-20T10:28:36","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-sambut-baik-rancangan-pendidikan-negara-2026-2035\/"},"modified":"2026-01-21T18:46:41","modified_gmt":"2026-01-21T10:46:41","slug":"usim-sambut-baik-rancangan-pendidikan-negara-2026-2035","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-sambut-baik-rancangan-pendidikan-negara-2026-2035\/","title":{"rendered":"USIM sambut baik Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035"},"content":{"rendered":"
NILAI <\/strong>\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik pengumuman Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026\u20132035 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu pelan hala tuju nasional yang komprehensif dan berpandangan jauh dalam memperkukuh sistem pendidikan negara.<\/p>\n Sebagai sebuah universiti awam yang berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, USIM melihat RPN sebagai selari dengan falsafah pendidikan universiti yang menekankan pembangunan insan secara holistik. Penekanan RPN terhadap pembentukan modal insan berilmu, beretika dan berkeupayaan menghadapi cabaran masa hadapan seiring dengan aspirasi USIM dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelek, emosi dan spiritual.<\/p>\n Menurut Naib Canselor USIM, pelaksanaan RPN 2026\u20132035 membuka ruang penting kepada institusi pendidikan tinggi untuk memainkan peranan lebih strategik dalam pembinaan masa depan negara.<\/p>\n \u201cUSIM melihat Rancangan Pendidikan Negara 2026\u20132035 sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh sistem pendidikan negara yang berteraskan nilai, ilmu dan kesejahteraan insan. Pendekatan holistik yang digariskan dalam RPN adalah selari dengan aspirasi USIM dalam melahirkan graduan berilmu, berakhlak dan berdaya saing,\u201d kata Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia.<\/p>\n USIM turut menyokong fokus RPN terhadap pengukuhan identiti nasional melalui pemerkasaan Bahasa Melayu, kefahaman sejarah, pendidikan perlembagaan serta nilai kenegaraan. Pendekatan ini penting dalam membentuk jati diri graduan dan kesedaran sivik yang kukuh, selari dengan peranan institusi pendidikan tinggi dalam membangunkan masyarakat berilmu dan bertanggungjawab.<\/p>\n Dalam konteks Pendidikan Tinggi, USIM menyambut baik penekanan RPN terhadap kesejahteraan pelajar, akses pendidikan yang lebih inklusif serta sokongan kepada pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU). Usaha ini bertepatan dengan komitmen berterusan USIM dalam menyediakan ekosistem pembelajaran yang kondusif dan menyeluruh, termasuk pengurusan kolej kediaman dan kebajikan pelajar.<\/p>\n Sehubungan dengan itu, USIM menegaskan komitmen penuh untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan dan kementerian berkaitan bagi menjayakan pelaksanaan RPN 2026\u20132035 secara berkesan, demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara.<\/p>\n Oleh: Adika Hakmi Ab Ghani<\/em><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menyambut baik pengumuman Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026\u20132035 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai satu pelan hala tuju nasional yang komprehensif dan berpandangan jauh dalam memperkukuh sistem pendidikan negara. Sebagai sebuah universiti awam yang berteraskan integrasi ilmu naqli dan aqli, USIM melihat RPN sebagai […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124273,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124277"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124277"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124277\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124280,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124277\/revisions\/124280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124273"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124277"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124277"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124277"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}