{"id":124520,"date":"2026-01-28T13:11:49","date_gmt":"2026-01-28T05:11:49","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-perintis-sistem-syif-komprehensif-pegawai-keselamatan-utamakan-kebajikan-staf\/"},"modified":"2026-02-03T10:25:37","modified_gmt":"2026-02-03T02:25:37","slug":"usim-perintis-sistem-syif-komprehensif-pegawai-keselamatan-utamakan-kebajikan-staf","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-perintis-sistem-syif-komprehensif-pegawai-keselamatan-utamakan-kebajikan-staf\/","title":{"rendered":"USIM Perintis Sistem Syif Komprehensif Pegawai Keselamatan, Utamakan Kebajikan Staf"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Pelaksanaan Sistem Waktu Bertugas Syif Komprehensif di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh pengurusan keselamatan kampus secara lebih sistematik dan selaras dengan pekeliling perkhidmatan awam serta garis panduan berkaitan waktu bekerja.<\/p>\n
Penyusunan jadual syif yang lebih tersusun ini bukan sahaja meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan profesionalisme pegawai keselamatan, malah turut membantu mengurangkan keletihan fizikal dan mental anggota bertugas, sekali gus menjadikan USIM sebagai universiti awam perintis yang berpotensi menjadi penanda aras kepada institusi pengajian tinggi lain dalam membangunkan sistem keselamatan kampus yang lebih efisien, mampan dan berorientasikan kebajikan.<\/p>\n
Pelaksanaan sistem ini dilaksanakan seiring dengan penjenamaan semula Jabatan Keselamatan kepada Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan USIM (DSE), dengan penugasan disusun berdasarkan pematuhan 180 jam bekerja bagi tempoh empat minggu, melibatkan jadual 12 jam bertugas sehari secara dua hari bertugas dan dua hari rehat. Pendekatan ini dirangka bagi memenuhi keperluan operasi keselamatan kampus yang berfungsi sepanjang masa, tanpa mengabaikan aspek kebajikan pegawai.<\/p>\n