{"id":124523,"date":"2026-01-26T15:09:29","date_gmt":"2026-01-26T07:09:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/fpqs-usim-terap-budaya-inovasi-dan-penyelidik-muda-melalui-iqspm-2-0\/"},"modified":"2026-02-03T10:41:09","modified_gmt":"2026-02-03T02:41:09","slug":"fpqs-usim-terap-budaya-inovasi-dan-penyelidik-muda-melalui-iqspm-2-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/fpqs-usim-terap-budaya-inovasi-dan-penyelidik-muda-melalui-iqspm-2-0\/","title":{"rendered":"FPQS USIM Terap Budaya Inovasi Dan Penyelidik Muda Melalui IQSPM 2.0"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Membudayakan inovasi dan peranan sebagai penyelidik muda dalam kalangan mahasiswa, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Pertandingan Inovasi Quran Sunnah Penyelidik Muda 2.0 (IQSPM 2.0) 2026 pada baru-baru ini.<\/p>\n
Program selama sehari ini berjaya menarik penyertaan 260 orang mahasiswa Tahun 4 daripada program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dan Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat.<\/p>\n
Menurut Pengarah Program IQSPM 2.0, Saudara Muhammad Asyraaf Mohd Azlan, pertandingan tersebut bertujuan untuk memupuk kemahiran penyelidikan dan inovasi dalam kalangan mahasiswa, menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif berasaskan wahyu, meningkatkan profil graduan USIM sebagai individu holistik, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa.<\/p>\n
\u201cIQSPM 2.0 bukan sahaja menguji kefahaman teori mahasiswa, malah ia menyediakan platform kepada mahasiswa untuk menterjemahkan ilmu dan kefahaman dalam bidang Quran dan Sunnah kepada idea serta penyelesaian inovatif yang relevan dengan isu-isu semasa\u201d.<\/p>\n
\u201cIa juga memberi ruang kepada mereka mengaplikasikan ilmu berteraskan wahyu bagi menangani cabaran kontemporari, khususnya yang melibatkan pembangunan sosial dan komuniti,\u201d katanya yang merupakan pelajar Tahun 4 Program Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah.<\/p>\n
Penganjuran pertandingan ini selari dengan pelaksanaan Model Graduasi Integrasi Ilmu Aqli dan Naqli (GIINA) di USIM, sekali gus memperkukuh budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n