{"id":124663,"date":"2026-02-05T17:22:47","date_gmt":"2026-02-05T09:22:47","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-ikim-jalin-kerjasama-strategik-perkukuh-integrasi-ilmu-dan-kefahaman-islam\/"},"modified":"2026-02-06T16:38:24","modified_gmt":"2026-02-06T08:38:24","slug":"usim-ikim-jalin-kerjasama-strategik-perkukuh-integrasi-ilmu-dan-kefahaman-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-ikim-jalin-kerjasama-strategik-perkukuh-integrasi-ilmu-dan-kefahaman-islam\/","title":{"rendered":"USIM\u2013IKIM Jalin Kerjasama Strategik Perkukuh Integrasi Ilmu dan Kefahaman Islam"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan kefahaman Islam yang menyeluruh, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan dalam satu majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Galeri Canselori pada 4 Februari 2026.<\/p>\n
USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, manakala IKIM diwakili oleh Prof Madya Dato\u2019 Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil Ketua Pengarah IKIM.<\/p>\n Dalam ucapannya, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin menegaskan bahawa pemeteraian MoU ini bukan sekadar satu dokumen rasmi, sebaliknya merupakan manifestasi kesepakatan hasrat dan komitmen bersama antara dua institusi yang berkongsi aspirasi besar dalam memperkasa kefahaman Islam secara holistik.<\/p>\n Menurut beliau, USIM yang menjunjung integrasi ilmu Naqli dan Aqli, serta IKIM sebagai institusi berwibawa dalam penyelidikan, penerbitan dan penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat, mempunyai titik temu yang signifikan dalam misi keilmuan dan kemasyarakatan.<\/p>\n \u201cUSIM melihat kerjasama strategik ini sebagai peluang penting untuk memperkaya ekosistem akademik dan penyelidikan universiti, di samping menyumbang secara lebih bermakna kepada pembangunan pemikiran, keharmonian sosial dan kesejahteraan masyarakat. Sinergi kepakaran dan sumber antara USIM dan IKIM diyakini mampu melahirkan pelbagai inisiatif berimpak tinggi demi manfaat bersama dan ummah secara keseluruhan\u201d, ujarnya lagi.<\/p>\n Melalui MoU ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkukuh kerjasama merangkumi pelbagai bidang strategik, antaranya penyelidikan bersama, penerbitan ilmiah dan bahan media, penganjuran seminar, bengkel, persidangan serta forum ilmiah, selain pertukaran kepakaran, pembangunan kursus dan modul latihan.<\/p>\n Kerjasama ini turut membuka ruang kepada penggunaan platform media IKIM sebagai wahana penyebaran ilmu oleh para akademik USIM, sekali gus memperluas impak ilmu kepada masyarakat umum.<\/p>\n Majlis berkenaan turut menjadi simbol komitmen berterusan kedua-dua institusi dalam memperkasa peranan ilmu sebagai teras pembangunan masyarakat, sejajar dengan aspirasi Malaysia Madani dan agenda pemerkasaan kefahaman Islam di peringkat nasional.<\/p>\n NILAI \u2014 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik bagi memartabatkan kefahaman Islam yang menyeluruh, berteraskan ilmu, hikmah dan kebijaksanaan dalam satu majlis menandatangani MoU yang berlangsung di Galeri Canselori pada 4 Februari 2026. USIM diwakili oleh Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124644,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124663"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124663"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124663\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124664,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124663\/revisions\/124664"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124644"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124663"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124663"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124663"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"