{"id":124700,"date":"2026-02-06T16:48:10","date_gmt":"2026-02-06T08:48:10","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-perkukuh-libatsama-komuniti-melalui-majlis-penyerahan-projek-kampung-angkat-madani-2025-dan-karnival-juasseh\/"},"modified":"2026-02-06T17:12:34","modified_gmt":"2026-02-06T09:12:34","slug":"usim-perkukuh-libatsama-komuniti-melalui-majlis-penyerahan-projek-kampung-angkat-madani-2025-dan-karnival-juasseh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-perkukuh-libatsama-komuniti-melalui-majlis-penyerahan-projek-kampung-angkat-madani-2025-dan-karnival-juasseh\/","title":{"rendered":"USIM Perkukuh Libatsama Komuniti melalui Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat Madani 2025 dan Karnival Juasseh"},"content":{"rendered":"

JUASSEH \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuhkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menekankan aspek kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 dan Karnival Juasseh, bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Talan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 Februari 2026.<\/p>\n

Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, kepada Ketua Kampung Sungai Talan, En. Husaini Harun, dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Puan Sri Dato\u2019 Hajah Bibi Sharliza Haji Mohd Khalid, dengan disaksikan oleh pengurusan universiti, wakil agensi serta penduduk setempat.<\/p>\n

Majlis ini menandakan penyerahan rasmi pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 USIM yang telah bermula sejak Mac 2025, melibatkan kerjasama strategik antara Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLiMJI) bersama beberapa fakulti dan pusat tanggungjawab USIM serta komuniti setempat. Inisiatif ini dilaksanakan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan komuniti secara holistik, inklusif dan mampan.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Naib Canselor Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, pelaksanaan projek ini mencerminkan falsafah USIM yang menekankan integrasi ilmu naqli dan aqli, dengan universiti berperanan bukan sahaja sebagai pusat akademik, malah sebagai rakan pembangunan masyarakat. Pendekatan turun padang, pemindahan ilmu dan pembangunan kapasiti komuniti diterapkan bagi memastikan manfaat kepakaran universiti dapat dirasai secara langsung dan berterusan oleh masyarakat setempat.<\/p>\n

\u201cAntara fokus utama projek ini ialah pembangunan infrastruktur komuniti, pemindahan ilmu, serta pemerkasaan kesejahteraan fizikal dan rohani masyarakat. Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk penubuhan Pusat Interaksi Komuniti Setempat (USIM@Komuniti), naik taraf kemudahan kampung, program kesedaran dan saringan kesihatan, serta program pemerkasaan rohani melalui pendekatan pendidikan Al-Quran\u201d, ujarnya.<\/p>\n

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, YB Puan Sri Dato\u2019 Hajah Bibi Sharliza Haji Mohd Khalid menyifatkan pemilihan Kampung Sungai Talan sebagai Kampung Angkat MADANI USIM sebagai satu amanah besar dalam membina komuniti yang lebih berilmu, berdaya tahan dan sejahtera. Menurut beliau, kerjasama strategik antara universiti dan masyarakat merupakan model pembangunan masa hadapan yang mampu menghasilkan perubahan sebenar apabila ilmu dan nilai kebersamaan digabungkan secara bersepadu.<\/p>\n

Pusat Interaksi Komuniti Setempat (USIM@Komuniti) yang dibangunkan di kawasan tanah wakaf berhampiran masjid kariah turut menjadi mercu tanda baharu komuniti, berfungsi sebagai pusat riadah, sukan dan interaksi sosial bagi penduduk setempat merangkumi pelbagai lapisan usia, sekali gus menyokong pengukuhan jaringan sosial dan pembangunan belia di peringkat komuniti.<\/p>\n

Bersempena dengan penutup Projek Kampung Angkat MADANI 2025, Karnival Juasseh dianjurkan sebagai platform penyatuan masyarakat yang menghimpunkan pelbagai aktiviti antaranya saringan kesihatan dan pergigian, program pemerkasaan rohani, jualan rahmah, jualan produk kampung, sukan rakyat serta aktiviti keusahawanan komuniti. Penganjuran karnival ini turut menyumbang kepada usaha merancakkan ekonomi setempat dan memperkukuh kesejahteraan sosial komuniti.<\/p>\n

Pelaksanaan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 ini sekali gus memperlihatkan sokongan berterusan kepimpinan negeri terhadap model kerjasama antara universiti dan masyarakat sebagai pendekatan pembangunan masa hadapan, dengan penekanan bukan sahaja kepada pembangunan fizikal, malah pembangunan insan, nilai dan jati diri komuniti.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

JUASSEH \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuhkan peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang menekankan aspek kesejahteraan masyarakat melalui penganjuran Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI 2025 dan Karnival Juasseh, bertempat di Balai Raya Kampung Sungai Talan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 6 Februari 2026. Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Naib […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124697,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124700"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124700"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124700\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124701,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124700\/revisions\/124701"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124697"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124700"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124700"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124700"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}