{"id":124991,"date":"2026-02-13T15:47:21","date_gmt":"2026-02-13T07:47:21","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-2026-6-lonjakan-strategik-pacu-universiti-islam-ke-pentas-dunia\/"},"modified":"2026-02-13T16:14:37","modified_gmt":"2026-02-13T08:14:37","slug":"usim-2026-6-lonjakan-strategik-pacu-usim-ke-pentas-dunia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-2026-6-lonjakan-strategik-pacu-usim-ke-pentas-dunia\/","title":{"rendered":"USIM 2026: 6 Lonjakan Strategik Pacu USIM ke Pentas Dunia"},"content":{"rendered":"
NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan enam lonjakan strategik utama bagi tahun 2026 dalam Amanat Naib Canselor yang menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai institusi rujukan global berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.<\/p>\n
Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1500 warga USIM yang hadir di Dewan Tuanku Canselor.<\/p>\n
Dengan membawa tema \u201cMemaknakan Insan, Mengakar Nilai, Melestari Budaya Ilmu\u201d, amanat tahun ini menjadi titik peralihan penting selepas sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan USIM. Daripada sebuah Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada tahun 2000, USIM kini berdiri sebagai universiti yang semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.<\/p>\n
Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani dalam amanatnya berkata, dalam landskap global, USIM mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings 2026 pada kedudukan #1501+ dunia dan berada di kedudukan ke-19 Malaysia. Lebih membanggakan, lima bidang berjaya tersenarai dalam THE World University Ranking by Subject dengan bidang Undang-Undang muncul sebagai subjek terbaik universiti dalam kelompok #301\u2013400 dunia.<\/p>\n
“Dalam QS Asia University Rankings 2026 pula, USIM berada pada kedudukan #537 Asia dan #35 Malaysia, memperkukuh reputasi sebagai universiti Islam progresif yang kompetitif di rantau ini”.<\/p>\n
“Di peringkat nasional, USIM mencapai penarafan 5 Bintang MyRA 2025 buat pertama kali sepanjang 25 tahun penubuhannya, selain meraih 5 Bintang MyMohes. Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan USIM sebagai universiti berdaya saing dalam ekosistem penyelidikan dan tadbir urus institusi”.<\/p>\n Ujarnya lagi, komitmen terhadap kelestarian turut membuahkan hasil apabila USIM melonjak 119 anak tangga dalam UI GreenMetric ke kedudukan #634 dunia serta tersenarai buat pertama kali dalam QS World University Rankings on Sustainability.<\/p>\n “Sepanjang tempoh Pelan Strategik USIM 2016\u20132025, sebanyak 75 peratus sasaran telah berjaya dicapai, dengan 52 daripada 69 sasaran direalisasikan. Pencapaian ini menjadi asas kukuh untuk pelaksanaan Pelan Strategik baharu yang akan dijajarkan dengan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026\u20132035”.<\/p>\n Prof. Dato’ Ts. Dr. Sharifudin berkata lagi, bagi tahun 2026, enam lonjakan utama diperkenalkan meliputi Transformasi Akademik, Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi, Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Berihsan, Kelestarian Prasarana dan Kampus Pintar, Kewangan Mandiri serta Citra dan Keterlihatan Global.<\/p>\n “Dalam aspek akademik, USIM menawarkan tambahan 100 tempat pengajian bagi program terpilih termasuk Perbankan dan Kewangan Islam, Komunikasi dan Media Baharu, Sains Komputer serta Bahasa Arab. Universiti turut memperluas akses melalui APEL dan sistem persetaraan bagi pelajar pondok dan tahfiz, serta menyokong pendidikan percuma kepada OKU sejajar dengan inisiatif nasional”.<\/p>\n “Program SULUNG yang menyasarkan pelajar B40 pula telah membantu 216 pelajar generasi pertama sejak 2022 dengan perbelanjaan melebihi RM1.4 juta, mencerminkan komitmen universiti terhadap mobiliti sosial”.<\/p>\n “Dalam bidang penyelidikan, USIM memperuntukkan RM2 juta bagi memperkukuh kapasiti penyelidik dan menyasarkan nisbah penerbitan jurnal berindeks 1:1 bagi setiap staf. Melalui Transformative Agreement bersama Springer Nature, penyelidik USIM berpeluang menerbitkan sehingga lapan artikel tanpa bayaran yuran pemprosesan artikel pada tahun 2026”, ujarnya.<\/p>\n Transformasi digital menjadi antara agenda terbesar apabila USIM menerima peruntukan RM44.34 juta di bawah RMK13 untuk projek pendigitalan kampus dan kecerdasan buatan (AI). Inisiatif ini merangkumi pembangunan makmal berprestasi tinggi, SMART Classroom, sistem GenAI serta pengukuhan infrastruktur pelayan dan Virtual Desktop Interface.<\/p>\n Dalam aspek prasarana mahasiswa, pembinaan kolej kediaman baharu berkapasiti 5,000 pelajar akan dilaksanakan melalui model Build-Lease-Maintain-Transfer (BLMT) Hybrid. Selain itu, RM16 juta diperuntukkan bagi menaik taraf kemudahan kolej kediaman dan RM5 juta secara one-off bagi penyewaan penginapan tambahan.<\/p>\n Usaha memperkukuh kemandirian kewangan turut dipergiat dengan sasaran penjanaan sekurang-kurangnya 25 peratus daripada perbelanjaan operasi tahunan melalui model kewangan mampan berasaskan wakaf, zakat dan endowmen.<\/p>\n Dalam memperkasakan citra global, USIM menyasarkan 3,500 liputan media dengan nilai PR sekitar RM90 juta pada tahun 2026 serta penghasilan 100 kandungan kreatif melalui platform USIMTV.<\/p>\n Amanat Naib Canselor 2026 ini menegaskan bahawa kejayaan universiti bukan sekadar diukur melalui penarafan dan peruntukan, tetapi melalui pembentukan insan yang seimbang, berdaya tahan dan berpaksikan nilai.<\/p>\n Dengan enam lonjakan strategik yang diumumkan, USIM menyatakan kesediaan untuk melangkah lebih jauh sebagai universiti Islam progresif yang mengintegrasikan ilmu, teknologi dan kemanusiaan demi agama, negara dan ummah.<\/p>\n NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan enam lonjakan strategik utama bagi tahun 2026 dalam Amanat Naib Canselor yang menegaskan komitmen universiti untuk terus memperkukuh kedudukan sebagai institusi rujukan global berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Majlis berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1500 warga USIM yang hadir di Dewan Tuanku Canselor. Dengan membawa tema […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":124964,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124991"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=124991"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124991\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":124992,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/124991\/revisions\/124992"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/124964"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=124991"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=124991"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=124991"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"