{"id":125050,"date":"2026-02-14T21:04:58","date_gmt":"2026-02-14T13:04:58","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-holdings-lancar-usimmasjidpro-transformasi-pengurusan-masjid-nasional\/"},"modified":"2026-02-14T21:09:13","modified_gmt":"2026-02-14T13:09:13","slug":"usim-holdings-lancar-usimmasjidpro-transformasi-pengurusan-masjid-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-holdings-lancar-usimmasjidpro-transformasi-pengurusan-masjid-nasional\/","title":{"rendered":"USIM Holdings lancar USIMMasjidPro: Transformasi Pengurusan Masjid Nasional"},"content":{"rendered":"
KUALA LUMPUR – Universiti Sains Islam Malaysia<\/span><\/span> (USIM) terus mengorak langkah memperkasa institusi masjid apabila syarikat milik penuhnya, USIM Holdings Sdn Bhd<\/span><\/span>, melancarkan aplikasi pintar USIMMasjidPro dalam satu majlis rasmi yang berlangsung di Surau Irtifa\u2019, Menara Affin @ TRX, Kuala Lumpur pada 13 Februari 2026.<\/p>\n Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Zulkifli Hassan<\/span><\/span>, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang menyifatkan inisiatif ini sebagai langkah progresif dalam memperkasa pengurusan masjid secara lebih sistematik, telus dan inklusif.<\/p>\n Dibangunkan bersama rakan teknologi tempatan, HPSC Sdn Bhd<\/span><\/span>, aplikasi ini bukan sekadar platform digital, malah sebuah ekosistem pintar yang mengintegrasikan pengurusan kariah, khairat kematian, takwim aktiviti, modul infaq digital, waktu solat, Al-Quran serta siaran langsung dari Mekah dalam satu sistem bersepadu.<\/p>\n Menurut Pengerusi USIM Holdings Sdn Bhd<\/span><\/span>, Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron, inisiatif ini mencerminkan aspirasi universiti yang bukan sahaja melahirkan graduan, tetapi turut memimpin solusi ummah berteraskan integrasi ilmu dan teknologi.<\/p>\n