{"id":125195,"date":"2026-02-22T08:56:17","date_gmt":"2026-02-22T00:56:17","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/memperkasa-sahsiah-perwira-amanat-panglima-latihan-tentera-darat-suntik-semangat-kepimpinan-kadet\/"},"modified":"2026-02-24T09:22:03","modified_gmt":"2026-02-24T01:22:03","slug":"memperkasa-sahsiah-perwira-amanat-panglima-latihan-tentera-darat-suntik-semangat-kepimpinan-kadet","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/memperkasa-sahsiah-perwira-amanat-panglima-latihan-tentera-darat-suntik-semangat-kepimpinan-kadet\/","title":{"rendered":"Memperkasa Sahsiah Perwira: Amanat Panglima Latihan Tentera Darat suntik Semangat Kepimpinan Kadet"},"content":{"rendered":"
PORT DICKSON \u2013 Satu sesi perjumpaan dan ramah mesra Panglima Latihan Tentera Darat Mej. Jen. Datuk Marzuki Hj Mokhtar bersama warga PALAPES Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai platform memperkukuh hubungan kepimpinan, menyampaikan amanat serta meningkatkan motivasi dan kefahaman peranan Pegawai Kadet sebagai pelapis kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia telah berlangsung dengan penuh semangat pada 17 Februari 2026 di Malbatt Village Port Dickson.<\/p>\n
Kehadiran seramai 196 anggota PALAPES USIM dalam program ini mencerminkan komitmen tinggi pasukan dalam memperkasa latihan, disiplin dan pembangunan kepimpinan secara menyeluruh.<\/p>\n
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang diperdengarkan oleh PRM Alif Asyraf Ahmadi serta ucapan aluan oleh Timbalan Komandan PALAPES USIM Lt. Kol. Rozaimi Kamarudin sebelum sesi amanat dimulakan.<\/p>\n