{"id":125933,"date":"2026-03-31T17:03:53","date_gmt":"2026-03-31T09:03:53","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-lancar-bas-wakaf-baharu-perkasa-kebajikan-dan-keselamatan-pelajar\/"},"modified":"2026-03-31T17:05:57","modified_gmt":"2026-03-31T09:05:57","slug":"usim-lancar-bas-wakaf-baharu-perkasa-kebajikan-dan-keselamatan-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-lancar-bas-wakaf-baharu-perkasa-kebajikan-dan-keselamatan-pelajar\/","title":{"rendered":"USIM lancar bas wakaf baharu, perkasa kebajikan dan keselamatan pelajar"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa kebajikan pelajar menerusi pelancaran sebuah Bas Wakaf baharu yang dibiayai melalui kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Wakalah Sdn Bhd serta sumbangan Dana Wakaf Al-Abrar USIM.<\/p>\n
Majlis pelancaran yang dihadiri Pengurusan Tertinggi Universiti serta wakil penyumbang itu turut menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan sebagai tanda sokongan berterusan terhadap inisiatif kebajikan pelajar universiti ini.<\/p>\n
Naib Canselor USIM, Dato\u2019 Prof. Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, inisiatif Bas Wakaf ini mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan.<\/p>\n \u201cPerolehan Bas Wakaf ini bukan sekadar penambahan aset pengangkutan, malah merupakan pelaburan jangka panjang dalam menjamin keselamatan, keselesaan dan kelangsungan proses pembelajaran pelajar USIM, khususnya mereka yang tinggal di luar kampus,\u201d katanya.<\/p>\n Beliau turut menegaskan bahawa pendekatan wakaf yang digerakkan oleh universiti membuka ruang kepada masyarakat serta institusi korporat untuk bersama-sama menyumbang kepada pembangunan pendidikan tinggi negara.<\/p>\n \u201cKami amat menghargai sokongan padu daripada para penyumbang dan rakan strategik. Sumbangan ini melambangkan kepercayaan serta keprihatinan terhadap usaha USIM dalam memperkasa ekosistem pendidikan berteraskan nilai Islam,\u201d tambah beliau.<\/p>\n Menurutnya lagi, USIM akan terus memperluas inisiatif berasaskan wakaf sebagai satu mekanisme pembangunan lestari yang memberi manfaat berpanjangan kepada warga universiti dan masyarakat.<\/p>\n Seramai kira-kira 4,500 pelajar USIM kini mendiami kolej kediaman di dalam dan luar kampus serta bergantung kepada perkhidmatan bas universiti bagi tujuan pergerakan ke sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP). Justeru, pelancaran Bas Wakaf ini dilihat sebagai penyelesaian strategik dalam menangani keperluan mobiliti pelajar, di samping memperkukuh peranan wakaf sebagai instrumen pembangunan pendidikan berimpak tinggi.<\/p>\n Bas baharu bernilai RM968,760.00 ini dilengkapi spesifikasi moden dan berteknologi tinggi, termasuk penggunaan casis berteknologi Jerman dengan enjin berkapasiti 10.5 liter serta piawaian emisi Euro 5 yang lebih mesra alam. Dari segi kapasiti, bas ini mampu memuatkan 40 penumpang serta menyediakan ruang rehat pemandu bagi perjalanan jarak jauh.<\/p>\n Reka bentuk badan jenis semi high deck turut menawarkan keselesaan tambahan kepada penumpang selain ruang bagasi yang lebih luas. Aspek keselamatan turut diberi keutamaan melalui pelbagai ciri canggih seperti sistem Advanced Driver Assistance System (ADAS) yang merangkumi fungsi Lane Departure Warning, Adaptive Cruise Control, Forward Collision Warning serta Autonomous Emergency Braking.<\/p>\n Selain itu, bas ini juga dilengkapi sistem pemantauan GPS dan kamera litar tertutup (CCTV), manakala latihan khas kepada pemandu turut dilaksanakan bagi memastikan pengendalian kenderaan berada pada tahap optimum.<\/p>\n USIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang dan rakan strategik yang telah menjayakan projek ini. Sumbangan yang diberikan bukan sahaja menyediakan kemudahan pengangkutan yang lebih baik, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan warga pelajar secara menyeluruh.<\/p>\n <\/p>\n Oleh: Hakimah Hamir dan Fahmi Zain<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":" NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa kebajikan pelajar menerusi pelancaran sebuah Bas Wakaf baharu yang dibiayai melalui kerjasama strategik pelbagai pihak termasuk Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Wakalah Sdn Bhd serta sumbangan Dana Wakaf Al-Abrar USIM. Majlis pelancaran yang dihadiri Pengurusan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":125931,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/125933"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=125933"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/125933\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":125934,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/125933\/revisions\/125934"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/125931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=125933"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=125933"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=125933"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n