{"id":125965,"date":"2026-04-02T16:59:12","date_gmt":"2026-04-02T08:59:12","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/keputusan-spm-2025-kolej-permata-insan-usim-cemerlang-gps-1-95-dengan-100-peratus-lulus\/"},"modified":"2026-04-06T17:15:03","modified_gmt":"2026-04-06T09:15:03","slug":"keputusan-spm-2025-kolej-permata-insan-usim-cemerlang-gps-1-95-dengan-100-peratus-lulus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/keputusan-spm-2025-kolej-permata-insan-usim-cemerlang-gps-1-95-dengan-100-peratus-lulus\/","title":{"rendered":"Keputusan SPM 2025 Kolej PERMATA Insan USIM cemerlang, GPS 1.95 dengan 100 peratus lulus"},"content":{"rendered":"
NILAI \u2013 Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi melakar pencapaian membanggakan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 apabila mencatatkan keputusan cemerlang dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.95 serta 100 peratus kelulusan melibatkan seramai 107 calon.<\/p>\n
Dr Mahiz Spawi Pengarah Kolej PERMATA Insan berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 26 orang murid berjaya memperoleh 11A, diikuti 15 orang (10A), 6 orang (9A), 9 orang (8A), 6 orang (7A), 11 orang (6A), 8 orang (5A), 14 orang (4A), 9 orang (3A) dan 3 orang (2A).<\/p>\n
“Pencapaian ini mencerminkan konsistensi kecemerlangan KPI dalam melahirkan pelajar pintar berbakat Muslim yang seimbang dari aspek akademik dan sahsiah”, tambahnya lagi.<\/p>\n
Sementara itu, antara murid yang mencuri tumpuan ialah Muhammad Afnan Muhamad Amar, 16 tahun, yang mencatat keputusan luar biasa 10A+ dan 1A, sekali gus muncul sebagai antara pelajar terbaik KPI. Berasal dari Changlun, Kedah, Afnan bukan sahaja cemerlang dalam akademik malah turut menyerlah dalam bidang hafazan dengan penguasaan 15 juzuk al-Quran serta dinobatkan sebagai Tokoh HAQQI 2025.<\/p>\n