{"id":126029,"date":"2026-04-10T17:11:02","date_gmt":"2026-04-10T09:11:02","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/perkukuh-jaringan-global-usim-meterai-kerjasama-strategik-bersama-universiti-uzbekistan\/"},"modified":"2026-04-10T17:21:25","modified_gmt":"2026-04-10T09:21:25","slug":"perkukuh-jaringan-global-usim-meterai-kerjasama-strategik-bersama-universiti-uzbekistan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/perkukuh-jaringan-global-usim-meterai-kerjasama-strategik-bersama-universiti-uzbekistan\/","title":{"rendered":"Perkukuh jaringan global, USIM meterai kerjasama strategik bersama Universiti Uzbekistan"},"content":{"rendered":"
NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperluaskan jaringan antarabangsa apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Urgench State University named after Abu Rayhan Biruni (USU), Uzbekistan dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Bangunan Canselori, hari ini.<\/p>\n
Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bersama Rektor USU, Profesor Feruza Madrakhimova, yang mengetuai delegasi ke Malaysia.<\/p>\n
Dalam ucapannya, Naib Canselor USIM menyatakan bahawa kerjasama strategik ini mencerminkan komitmen bersama kedua-dua institusi dalam memperkasa bidang akademik, penyelidikan dan pembangunan ilmu, selaras dengan aspirasi USIM sebagai Universiti Rujukan Global berteraskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.<\/p>\n Melalui MoA ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan beberapa inisiatif kerjasama termasuk pertukaran staf akademik dan pelajar, perkongsian bahan ilmiah dan penerbitan, permohonan geran penyelidikan bersama serta penganjuran forum, seminar dan persidangan antarabangsa.<\/p>\n Kerjasama ini dijangka membuka lebih banyak peluang kepada kedua-dua pihak dalam memperkukuh kecemerlangan akademik di peringkat global, selain menyumbang kepada pembangunan modal insan dan perkongsian kepakaran dalam dunia Islam.<\/p>\n USIM turut berharap jalinan strategik ini dapat meningkatkan keterlihatan universiti di peringkat antarabangsa serta menarik lebih ramai pelajar dari Uzbekistan untuk melanjutkan pengajian di USIM, sekali gus memperkukuh lagi reputasi universiti sebagai destinasi pendidikan tinggi pilihan.<\/p>\n Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah signifikan USIM dalam memperluaskan jaringan global serta memperkukuh kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.<\/p>\n NILAI\u00a0\u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperluaskan jaringan antarabangsa apabila memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Urgench State University named after Abu Rayhan Biruni (USU), Uzbekistan dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, Bangunan Canselori, hari ini. Majlis disempurnakan oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani bersama Rektor […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":126030,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126029"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=126029"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126029\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":126034,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126029\/revisions\/126034"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/126030"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=126029"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=126029"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=126029"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}
<\/a>
<\/a><\/p>\n
<\/a>
<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"