{"id":126676,"date":"2026-05-13T09:23:29","date_gmt":"2026-05-13T01:23:29","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/usim-terima-pengiktirafan-kerjasama-strategik-bersama-jabatan-bomba-dan-penyelamat-malaysia\/"},"modified":"2026-05-13T10:03:32","modified_gmt":"2026-05-13T02:03:32","slug":"usim-terima-pengiktirafan-kerjasama-strategik-bersama-jabatan-bomba-dan-penyelamat-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/usim-terima-pengiktirafan-kerjasama-strategik-bersama-jabatan-bomba-dan-penyelamat-malaysia\/","title":{"rendered":"USIM Terima Pengiktirafan Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia"},"content":{"rendered":"
NILAI\u00a0 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperkukuh hubungan strategik bersama agensi keselamatan negara menerusi penganjuran Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berlangsung di Bangunan Canselori pada 7 Mei 2026 baru-baru ini.<\/p>\n
Majlis berkenaan mencerminkan penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan terhadap sokongan serta kerjasama erat yang diberikan oleh USIM dalam menjayakan penganugerahan pangkat kehormat jabatan tersebut.<\/p>\n
Majlis turut dihadiri oleh YAS Dato\u2019 Sri Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, yang menerima Hormat Panglima serta menyempurnakan penganugerahan pangkat kehormat berkenaan.<\/p>\n