{"id":126792,"date":"2026-05-13T20:09:16","date_gmt":"2026-05-13T12:09:16","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/kampus-sebagai-hab-pelaburan-inovasi-usim-terajui-dialog-strategik-menjelang-uriis-2026\/"},"modified":"2026-05-13T20:15:43","modified_gmt":"2026-05-13T12:15:43","slug":"kampus-sebagai-hab-pelaburan-inovasi-usim-terajui-dialog-strategik-menjelang-uriis-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/kampus-sebagai-hab-pelaburan-inovasi-usim-terajui-dialog-strategik-menjelang-uriis-2026\/","title":{"rendered":"Kampus Sebagai Hab Pelaburan Inovasi: USIM Terajui Dialog Strategik Menjelang URIIS 2026"},"content":{"rendered":"

NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menyerlahkan peranan strategiknya sebagai universiti pemangkin inovasi, penyelidikan berimpak tinggi dan pelaburan ilmu melalui penganjuran Sesi Dialog Pra-Acara Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan & Inovasi Universiti (URIIS) 2026 Siri 4 yang berlangsung di Dewan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) semalam 12 Mei 2026.<\/p>\n

Penganjuran dialog strategik ini merupakan sebahagian daripada persediaan menuju sidang kemuncak utama URIIS 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 September 2026 di World Trade Centre Kuala Lumpur dan dijangka dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Dengan tema \u201cInvest in Malaysia\u2019s Innovation\u201d dan fokus \u201cInvesting in Campus\u201d, inisiatif ini memberi penekanan kepada peranan universiti sebagai hab pembangunan teknologi, penyelesaian industri dan pembentukan bakat masa hadapan yang responsif terhadap keperluan pasaran.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Program ini menghimpunkan wakil universiti, pemain industri, pelabur serta agensi kerajaan dalam satu platform perbincangan berimpak tinggi bagi memperkukuh kerjasama strategik antara universiti, industri dan kerajaan. Penyertaan seramai 120 peserta daripada pelbagai sektor membuktikan keperluan mendesak untuk membina ekosistem inovasi yang lebih tersusun, inklusif dan berorientasikan nilai pelaburan.<\/p>\n

Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, dalam ucapan alu-aluannya menegaskan bahawa inovasi tidak boleh bergerak secara bersendirian, sebaliknya perlu dipacu melalui sinergi idea, bakat, kepakaran dan pelaburan strategik.<\/p>\n

Menurut beliau, universiti pada hari ini bukan lagi sekadar institusi pendidikan tinggi, tetapi perlu berperanan sebagai penyedia penyelesaian, rakan inovasi dan pemangkin ekonomi negara. Penyelidikan universiti perlu diterjemahkan kepada penyelesaian sebenar, dikomersialkan dan diberi nilai pelaburan agar manfaatnya dapat dirasai oleh industri, masyarakat dan negara.<\/p>\n

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi USIM, Prof. Ts. Dr. Mohd Ikmar Nizam Mohamad Isa, dalam sesi penutup menggariskan beberapa cadangan penyelesaian strategik. Antaranya ialah memperkukuh penyelarasan antara universiti dan industri, mewujudkan pusat sehenti kerjasama industri di universiti, memperkasa pembangunan bakat berorientasikan industri, memperkukuh peranan pejabat pemindahan teknologi, memformalkan model kerjasama strategik yang mampan serta meningkatkan sokongan dasar bagi mempercepat pengkomersialan inovasi tempatan.<\/p>\n

Dialog tersebut turut memberi penekanan kepada kepentingan penglibatan aktif pihak industri dan pelabur sebagai pencipta bersama dalam mempercepat proses pengesahan idea, pembiayaan inovasi dan peluasan penyelesaian ke pasaran. Pendekatan ini penting bagi memastikan hasil penyelidikan universiti tidak hanya terhenti di peringkat akademik, sebaliknya dapat dikembangkan sebagai produk, perkhidmatan dan dasar yang memberi impak kepada pembangunan negara.<\/p>\n

Dalam sesi dialog dan pembentangan rumusan forum, beberapa cabaran utama dikenal pasti, termasuk jurang antara keperluan industri dengan hala tuju akademik, tahap kesiapsiagaan inovasi untuk dikomersialkan, isu tadbir urus kerjasama, kekurangan bakat berkemahiran industri serta cabaran berkaitan harta intelek dan dasar ekosistem inovasi negara.<\/p>\n

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri USIM, Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, selaku penganjur utama program berkata, USIM melalui PLiMJI kekal komited untuk menjadi platform penghubung strategik dalam memperkukuh ekosistem penyelidikan, inovasi dan pelaburan negara sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI serta agenda transformasi ekonomi negara.<\/p>\n

Melalui penganjuran ini, USIM terus menampilkan peranan progresifnya sebagai universiti berteraskan integrasi ilmu yang bukan sahaja melahirkan bakat profesional, malah menggerakkan penyelidikan, inovasi dan kerjasama strategik untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan negara yang mampan dan berdaya saing.<\/p>\n

Kehadiran Invest Negeri Sembilan sebagai rakan strategik program turut memperlihatkan komitmen berterusan agensi tersebut dalam memperkukuh pembangunan pelaburan dan inovasi di negeri ini. Kerjasama ini mencerminkan kepentingan jaringan antara universiti dengan agensi pelaburan negeri dalam membuka ruang baharu kepada penyelidikan universiti untuk diterjemahkan kepada peluang ekonomi yang lebih luas.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

 <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus menyerlahkan peranan strategiknya sebagai universiti pemangkin inovasi, penyelidikan berimpak tinggi dan pelaburan ilmu melalui penganjuran Sesi Dialog Pra-Acara Sidang Kemuncak Pelaburan Penyelidikan & Inovasi Universiti (URIIS) 2026 Siri 4 yang berlangsung di Dewan Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) semalam 12 Mei 2026. Penganjuran dialog strategik ini merupakan […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":126791,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126792"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=126792"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126792\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":126793,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126792\/revisions\/126793"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/126791"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=126792"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=126792"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=126792"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}