{"id":126796,"date":"2026-05-13T13:21:09","date_gmt":"2026-05-13T05:21:09","guid":{"rendered":"https:\/\/www.usim.edu.my\/uncategorized-ms\/diplomasi-ilmu-dan-kemanusiaan-lawatan-kedutaan-palestin-buka-ruang-kerjasama-strategik-bersama-usim\/"},"modified":"2026-05-13T20:18:21","modified_gmt":"2026-05-13T12:18:21","slug":"diplomasi-ilmu-dan-kemanusiaan-lawatan-kedutaan-palestin-buka-ruang-kerjasama-strategik-bersama-usim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/berita\/diplomasi-ilmu-dan-kemanusiaan-lawatan-kedutaan-palestin-buka-ruang-kerjasama-strategik-bersama-usim\/","title":{"rendered":"Diplomasi Ilmu dan Kemanusiaan: Lawatan Kedutaan Palestin Buka Ruang Kerjasama Strategik Bersama USIM"},"content":{"rendered":"

NILAI, 12 Mei 2026 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperlihatkan komitmen sebagai universiti Islam bertaraf global yang mendukung nilai kemanusiaan, keadilan dan keterangkuman melalui lawatan rasmi Kedutaan Negara Palestin ke universiti ini.<\/p>\n

Lawatan pada 12 Mei 2026 baru-baru ini yang diketuai oleh TYT Amjad Kamayseh, Duta Besar Negara Palestin ke Malaysia tersebut menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan akrab antara Malaysia dan Palestin, khususnya dalam bidang pendidikan tinggi, pembangunan modal insan, kerjasama akademik serta solidariti kemanusiaan. Ia turut mencerminkan peranan USIM sebagai institusi ilmu yang berpaksikan nilai integrasi ilmu Naqli dan Aqli serta bertanggungjawab terhadap isu kemanusiaan sejagat.<\/p>\n

Dalam ucapan alu-aluannya, Naib Canselor USIM, Prof. Dato\u2019 Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani, merakamkan penghargaan dan mengalu-alukan kehadiran TYT Amjad Kamayseh serta delegasi Kedutaan Negara Palestin ke USIM. Beliau menyifatkan lawatan tersebut sebagai satu penghormatan kepada universiti, di samping menegaskan bahawa USIM amat menghargai hubungan erat antara Malaysia dan Palestin yang terbina atas asas saling menghormati, solidariti dan nilai kemanusiaan bersama.<\/p>\n

\"\"<\/a> \"\"<\/a><\/p>\n

Menurut beliau, sebagai sebuah universiti Islam, USIM sentiasa komited untuk mempromosikan nilai ihsan, keamanan, keadilan dan maruah insan. Nilai-nilai ini amat dekat dengan perjuangan rakyat Palestin yang terus memperlihatkan ketabahan, kekuatan dan daya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran.<\/p>\n

Beliau turut menzahirkan solidariti berterusan warga USIM bersama rakyat Palestin, selari dengan pendirian rakyat Malaysia yang terus menyokong perjuangan Palestin atas dasar kemanusiaan, keadilan dan hak untuk hidup aman serta bermaruah.<\/p>\n

USIM juga melihat pendidikan sebagai antara instrumen paling berkesan untuk membina harapan, memperkasa masyarakat dan menyumbang kepada pembinaan negara. Justeru, universiti ini menyambut baik peluang untuk memperluas kerjasama dengan institusi pendidikan tinggi Palestin melalui pelbagai inisiatif strategik.<\/p>\n

Antara bidang kerjasama yang berpotensi diteroka termasuk mobiliti dan pertukaran pelajar, kolaborasi akademik, penyelidikan bersama, biasiswa kepada pelajar Palestin, inisiatif pembelajaran dalam talian, penganjuran persidangan dan seminar, selain kerjasama dalam bidang pengajian Islam, perubatan, kaunseling, kajian kemanusiaan serta teknologi.<\/p>\n

Melalui pendekatan ini, USIM berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada pembangunan pendidikan dan modal insan Palestin, sekali gus memperluas mandat universiti dalam memperkukuh diplomasi ilmu, jaringan antarabangsa dan tanggungjawab kemanusiaan global.<\/p>\n

Lawatan rasmi ini diharap menjadi titik permulaan kepada hubungan yang lebih erat, berstruktur dan berimpak tinggi antara USIM dengan institusi-institusi di Palestin. USIM turut mendoakan agar keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang berkekalan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Palestin.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"

NILAI, 12 Mei 2026 \u2013 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) terus memperlihatkan komitmen sebagai universiti Islam bertaraf global yang mendukung nilai kemanusiaan, keadilan dan keterangkuman melalui lawatan rasmi Kedutaan Negara Palestin ke universiti ini. Lawatan pada 12 Mei 2026 baru-baru ini yang diketuai oleh TYT Amjad Kamayseh, Duta Besar Negara Palestin ke Malaysia tersebut menjadi […]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":126753,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[215,216,217,218],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126796"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=126796"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126796\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":126797,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/126796\/revisions\/126797"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/126753"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=126796"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=126796"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.usim.edu.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=126796"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}